BMM3106






               



                                               BAHAN BMM3105 PEMULIHAN

Sumber maklumat ini diperolehi daripada Kelas BM3.Harap kita dapat berkongsi maklumat bersama-sama.Sila klik di bawah;
  
BAHAN POWER POINT EN FAZIL

POWER POINT CIKGU ANITA
POWER POINT CIKGU NAZRI MUSA
POWER POINT CIKGU ROHAIZA
POWER POINT CIKGU MAZNI OTHMAN
POWER POINT CIKGU AZMI RAMLI
POWER POINT CIKGU JULIA
POWER POINT CIKGU SHAHRUN NIZAM
POWER POINT CIKGU MAT ZAKI
POWER POINT CIKGU  SHIMA
POWER POINT CIKGU AZLINA AWANG
POWER POINT CIKGU PARDZLI LAZIM 
POWER POINT CIKGU ROHAYATI 
POWER POINT CIKGU ZARINA UMAR 
POWER POINT CIKGU ZANARIAH 
POWER POINT CIKGU ROKIAH ISMAIL
 POWER POINT CIKGU NORIZAN 
POWER POINT CIKGU ROKIAH ISMAIL




TAJUK 1.1

PEMULIHAN



Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)
“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.  Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.

Blair (1956)

Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi  keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi.  Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.

O. C. Simpson (1975)
Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan  dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.

Syarifah Alawiah Alsagoff (1983)
Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.


Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983)
Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.


Rumusan Konsep
Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini bertujuan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.

Anda mungkin seorang yang suka akan cabaran. Cuba anda layari lelaman yang berkaitan untuk mengenal pasti judul buku yang ditulis oleh penulis yang dikemukakan di halaman 2. Selamat mencuba, semoga berjaya.

Anda telah mendapat maklumat asas tentang konsep               
pemulihan. Fahamkah anda konsep ini? Untuk memantapkan
pemahaman anda, sila rujuk sumber-sumber yang berkaitan di
perpustakaan. Catat maklumat baru yang anda peroleh itu.



Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehannya.  Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah...”

                                                                       (Buku Panduan Am KBSR, 1982)

Menurut Ab. Rahman, et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira).  Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti.

Ab. Rahman et. al. (1997) menjelaskan lagi, bahawa program pemulihan perlu dilaksanakan kepada murid yang menghadapi masalah pembelajaran, iaitu mereka yang memperoleh pencapaian di bawah paras yang sepatutnya.  Murid-murid seumpama ini ada di semua peringkat persekolahan, baik di luar bandar mahupun di bandar. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid ini mungkin berupa masalah yang ringan, dan pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas biasa.  Bagi murid-murid yang menghadapi masalah yang berat dan kompleks, mereka akan dikelolakan oleh guru khas pemulihan di kelas khas.

Sebaik-baik sahaja kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau konsep dipulihkan, murid-murid yang diajar oleh guru pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik di kelas khas akan dihantar semula ke kelas biasa. Sementara murid-murid pemulihan di kelas biasa, akan diubahsuai kedudukan di dalam kelas ke kumpulan mengikut kebolehan berdasarkan prestasi dari semasa ke semasa.

1.1.2.1. Objektif Pendidikan Pemulihan
1.      Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu;
2.      Memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif terhadap pembelajaran;
3.      Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran;
4.      Membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan cara mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka;
5.      Membolehkan murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan  dan perkembangan mental individu;
6.      Membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah;
7.      Membolehkan murid meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.





 

Jenis-Jenis Pemulihan

Pemulihan Khas (Masalah Pembelajaran Kompleks)
  
Pemulihan jenis ini dijalankan di bilik darjah khas oleh guru khas yang terlatih dalam bidang ini. Murid-muridnya terdiri daripada mereka yang yang gagal menguasai “3M”, yang telah dikenal pasti melalui Ujian Saringan.

Pemulihan Bahasa Melayu di Bilik Darjah (Masalah Pembelajaran Ringan)

Pemulihan jenis ini pula dijalankan di dalam bilik darjah biasa oleh guru biasa.  Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti pemulihan dijalankan secara semerta.


1.1.2.3.  Ciri-Ciri Murid Pemulihan

1.    Lemah dalam penguasaan “3M”
2.    Lemah dalam pemikiran tentang konsep yang abstrak
3.    Lemah dari segi koordinasi mata dan tangan
4.    Singkat tahap tumpuannya
5.    Kurang keyakinan diri
6.    Lambat bertindak balas
7.    Gagal dalam ujian
8.    Sukar menguasai pelajaran dalam masa yang ditentukan
9.    Lemah dari segi ingatan pendengaran dan ingatan penglihatan
10.  Rendah darjah kecerdasannya berbanding dengan rakan sebayanya
11.  Seringkali sakit
12.  Kerap ponteng sekolah
13.  Kurang terlibat dalam aktiviti pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah
14.  Bermasalah tingkah laku
15.  Sukar mengawal emosi



  Banding Beza Pemulihan Biasa dengan Pemulihan Khas

Pemulihan Biasa
Pemulihan Khas

§  guru ada asas latihan keguruan

§  ada asas perguruan dan kursus khas

§  dijalankan semasa proses p - p kelas biasa

§  dijalankan pada waktu tertentu

§  perlu pada setiap mata pelajaran yang diajar

§  hanya melibatkan mata-mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik


1.1.2.2.  Jenis-Jenis Pemulihan

Pemulihan Khas (Masalah Pembelajaran Kompleks)
  
Pemulihan jenis ini dijalankan di bilik darjah khas oleh guru khas yang terlatih dalam bidang ini. Murid-muridnya terdiri daripada mereka yang yang gagal menguasai “3M”, yang telah dikenal pasti melalui Ujian Saringan.

Pemulihan Bahasa Melayu di Bilik Darjah (Masalah Pembelajaran Ringan)

Pemulihan jenis ini pula dijalankan di dalam bilik darjah biasa oleh guru biasa.  Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti pemulihan dijalankan secara semerta.


1.1.2.3.  Ciri-Ciri Murid Pemulihan

1.    Lemah dalam penguasaan “3M”
2.    Lemah dalam pemikiran tentang konsep yang abstrak
3.    Lemah dari segi koordinasi mata dan tangan
4.    Singkat tahap tumpuannya
5.    Kurang keyakinan diri
6.    Lambat bertindak balas
7.    Gagal dalam ujian
8.    Sukar menguasai pelajaran dalam masa yang ditentukan
9.    Lemah dari segi ingatan pendengaran dan ingatan penglihatan
10.  Rendah darjah kecerdasannya berbanding dengan rakan sebayanya
11.  Seringkali sakit
12.  Kerap ponteng sekolah
13.  Kurang terlibat dalam aktiviti pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah
14.  Bermasalah tingkah laku
15.  Sukar mengawal emosi


1.1.2.4.  Banding Beza Pemulihan Biasa dengan Pemulihan Khas

Pemulihan Biasa
Pemulihan Khas

§  guru ada asas latihan keguruan

§  ada asas perguruan dan kursus khas

§  dijalankan semasa proses p - p kelas biasa

§  dijalankan pada waktu tertentu

§  perlu pada setiap mata pelajaran yang diajar

§  hanya melibatkan mata-mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik












































 

 









 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 





















No comments:

Post a Comment