MODUL SEM 4




Bahan ini diperolehi dari kelas BM3

MUAT TURUN NOTA DAN MODUL

BMM3107 - PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
MODUL BMM3107
PRO FORMA BMM3107 
BMM3108 - FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
PRO FORMA BMM3108  
 PJM3106 - ANATOMI DAN FISIOLOGI
PRO FORMA PJM3106  
EDU3105 - TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 
NOTA EDU 3105









                     BMM 3107 LINGUISTIK BAHASA MELAYU




TAJUK 1
SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK



SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden.

HASIL PEMBELAJARAN

(i)      Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu  linguistik.

(ii)     Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah,   
         Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke-20.

1.0       KANDUNGAN ISI

Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti  dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.

1.1       Zaman Yunani,  Zaman  Iskandariah,  Zaman Rom

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun  terawal yang wujud di atas muka  bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.

Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.

Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana  yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.
Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik.

Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana  turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang  kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.

1.2       Zaman Pertengahan,  Zaman Arab,  Zaman India

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan.
Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.

Sekarang mari kita bincangikan pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.

Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis.

Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.


1.3       Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden

Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.

Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.

Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.


TUGASAN:
              Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak sebelum masihi hingga ke zaman moden. Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda faham apa yang dibincangkan. 

               Bincangkan sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga kini.
TAJUK 2
PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK

SINOPSIS

Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu pemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal.

Hasil Pembelajaran
(i)            Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman
(ii)          Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak zaman awal hingga zaman moden
(iii)         Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik

2.0       KANDUNGAN ISI

Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai “Bapa Linguistik Moden”. Hasil pemikiran Bloomfield pula telah menghasilkan teori behaviourisme

2.1       Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik
·                   Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural  
dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi.
·                     Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam
sains. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia.
·                     Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu
bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat.
·                     Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna,
bahasa akan sentiasa berubah.

2.2       Pemikiran Leonard Bloomfield dalam Bidang Linguistik
·                     Bloomfield (1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yang
mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan.
·                     Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca
daripada adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu.
·                     Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku
manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Buku beliau yang popular ialah Language (1933).

2.3       Pemikiran Ferdinand de Saussure dalam Bidang Linguistik
·                    Ferdinand de Saussure (1857 – 1913)  ialah  orang pertama  yang
mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’  telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden.
·                    Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang
pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.
·                    De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan
konsep ‘langue’ dan ‘parole’. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat.
·                    Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan
buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.

Tugasan

            Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de             Saussure dengan Bloomfield.



 
            Huraikan dengan ringkas menggunakan ayat sendiri sumbangan dan kesan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan           pembelajaran bahasa.




TAJUK 3
BIDANG LINGUISTIK

Sinopsis

Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu Linguistik Am dan Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik Kontekstual.

Hasil Pembelajaran

(i)            Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik
(ii)          Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual
(iii)         Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan pengajaran bahasa.

 Kerangka Tajuk

Organization Chart


3.0       KANDUNGAN ISI
Perbincangan dalam tajuk ini menjurus kepada pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik, linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa, perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa serta kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik.

3.1       Linguistik  Umum dan Linguistik Gunaan

·                     Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang
yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.
·                     Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.
·                     Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi.
·                     Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.
·                     Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.
·                     Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa.
·                     Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.
·                     Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul  ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja.
·                     Perkara  yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.
·                     Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.
·                     Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.
·                     Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.
·                     Dalam  meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa, seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.



3.2       Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan

·                     Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah
satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.
·                     “Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto,
dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu.
·                     Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan”
yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.
·                     Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait
harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.
·          Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan
tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna.
·                     Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang
mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.
·                     Kaedah glotokronologi  mencadangkan penggunaan formula
matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.
·                     Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan
pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan:
·                     Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat
mengelaskannya mengikut ciri-ciri.
·                     Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik
tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman.
·                     Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan
perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.
·                     Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal  
usul (etimologi) sesuatu bahasa.
·                     Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman.
·                     Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci
dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu.
·                      Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat
perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.
·                     Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang
berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa.
·                     Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl
usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.
·                     Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang
            membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya          adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara          bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada        bahasa induk.
·                     Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja     atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal        ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-            aspek yang dibandingkan itu

3.3       Linguistik Kontekstual 

·                     Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi        dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik         teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri,          bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa             berinteraksi dengan dunia.
·                     Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik       merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi – interaksi          linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya.
·                     Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah            berinteraksi dengan linguistik.
·                     Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains   perubatan dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi        disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik        pengiraan, serta sains kognitif.
·                      
Tugasan:
            Buat perbandingan antara linguistik sejarah dengan linguistik         perbandingan.
           
            Bincangkan bidang linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa.




























TAJUK
4
LINGUISTIK KONTEKSTUAL



Sinopsis

Tajuk empat ialah tajuk yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

Hasil Pembelajaran       
            (i)         Menjelaskan perhubungan antara bahasa dan masyarakat.
            (ii)        Mengenal pasti aspek-aspek bahasa, struktur dan penggunaan                              bahasa dalam fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan masyarakat.

4.0       KANDUNGAN ISI

4.1       Linguistik Kontekstual
           
·         Menurut J. Lyons, 1968 ;

                              Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara                                          saintifik
     
·         Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005);

                              Linguistik ialah
                              1. Kajian saintifik tentang bahasa.
                              2. Berkaitan dengan bahasa.

·         Kamus Dwibahasa (1981) menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa.
     
·         Menurut John Lyons (1968);

                              Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang                                                      dilakukan secara saintifik.



Definisi kontekstual:
·         Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005);
                 
                              Kontekstual ialah  berkaitan dengan atau menurut konteks:                                penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan                                                   perkembangan sastera.

      Kontekstual membawa pengertian:
            1.         Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan                                                langsung, mengikut konteks.
            2.         Yang membawa maksud, makna dan  kepentingan                                         (meaningful).

      Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik       berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan    linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri,     bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa       berinteraksi dengan dunia.
         







            4.2       Sosiolinguistik

*                  Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara         bahasa dan gejalanya dalam   masyarakat.
*                  Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam    masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial           dalam masyarakat.
*                  Merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi       bermacam-macam perkara seperti  fungsi bahasa, peranan bahasa,         penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi, kata sapaan             yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak  sosial di antara             penutur, kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa, pelacakan    bahasa rahsia bajak laut, pengungkapan jati diri secara sosial           melalui grafiti, mantra  dan pelbagai istilah lain lagi.
*                  Pada prinsipnya, ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang          melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya          dalam sesebuah masyarakat yang tertentu.
*                   Secara mudah, sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan          pertalian antara  bahasa dengan masyarakat.
*                   Fungsi linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti perbandingan di antara  bahasa rasmi dengan bahasa vernakular         yang tidak rasmi, iaitu satu perihal yang   melibatkan apa yang          dinamakan “perancangan bahasa” dalam menegakkan identiti              sesebuah negara.
*                   Kesimpulannya, sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio-    budaya yang berhubung  dengan aspek-aspek linguistik seperti      perhubungan sosial harian yang berkaitan pula   dengan           kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan       bentuk-bentuk  gaya yang dibezakan oleh perihal taraf pemakai-      pemakainya.



4.3       Pengertian Antropologi
                  Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata yunani                            “Antropo” yang bererti manusia dan “logy” atau “logos” bererti                             ilmu yang mempelajari.


4.4       Antropologi Linguistik

v    Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya                                    terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan                                  sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.
v    Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan                                 memberikan penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa                           dengan penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan                                           kumpulan-kumpulan etnik.
v    Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat                               pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci                          adalah participant observation.
v    Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar                            kepada esuatu etnik, menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan                  sehingga kadang-kadang membawa kepada perkahwinan dan                                     jangka masa yang lama.

4.5       Linguistik Antropologikal
     
      Mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya. Melihat aspek-aspek       kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur    mempengaruhi cara mereka berbahasa.



TUGASAN
 
                    Huraikan cabang-cabang linguistik kontekstual.







TAJUK
5
STILISTIK



Sinopsis

Tajuk 5 ini melihat variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, Perlakuan bahasa bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal.


Hasil Pembelajaran
            (i)         Mengenal pasti prinsip-prinsip stilistik.
            (ii)        Melihat bagaiamana keberkesanan stilistik  mempengaruhi bahasa. 


5.0       KANDUNGAN ISI
           

5.1       Stilistik
         
          Menurut Abdullah Hassan (1990)
§     Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang         dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa
§     Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan
§     Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan.
§     Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu      gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera.





5.2       Stilistik dari sudut Sastera

§     Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada    penggunaan bahasa.
§     Cabang linguistik gunaan atau terapan.
§     Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya     bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik.
§     Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182) - stilistik meneliti          penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan             berusaha menemukan fungsi estetik.

5.3       Pengenalan am Stilistik Bahasa

§     Bermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu      bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, khasnya bergantung      kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan.
§     Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang             paling formal kepada bentuk yang agak formal.
     

5.4       Prinsip Stilistik

§     Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca         kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan     berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis.
§     Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan           kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang.
§     Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa             tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.
§     Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti     yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan          struktural.
§     Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada             aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina         keseluruhan karya.
§     Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami, mudah dimengerti, banyak maksud dan mempunyai makna            simbolik.
§     Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan             gaya keperibadian seseorang penulis.
§     Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai penelitian   sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu             penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan         keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya.
§     Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh           beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan            keperibadian penulis
§     Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan             diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan.
§     Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat      pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan.
§     Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek    kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu       dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.
§     Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna             perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan         oleh pengarang.
§     Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan   dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan   satu gaya atau stail bagi seseorang penulis.
§     Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang            penghasilan sesebuah karya.
§     Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai           keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya.
§     Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan        stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur- unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif.
§     Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis           proses penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau         khalayak terhadap sesebuah karya.
§     Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu       bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan atau        memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada        penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk             mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.

TUGASAN
            Huraikan prinsip-prinsip stilistik dan bagaimanakah stilistik itu         mempengaruhi kehidupan masyarakat.

























TAJUK
6
SIFAT BAHASA


Sinopsis

Tajuk 6 ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky     Menurut Teori Noam Chomsky bahasa apa pun di dunia ini mempunyai            sifat-sifat yang tersendiri.
     

Hasil Pembelajaran

            (i)         Boleh menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat.
            (ii)        Menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu. 


6.0       KANDUNGAN ISI

6.1       Bahasa sebagai satu sistem      

               Bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam      bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan , nahu atau       bentuk sintaksis.
               Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu     susunan yang sempurna dari segi strukturnya (klausa, ayat, kata).
               Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan, melainkan             mengikut cara-cara tertentu.
               Sistem yang dimaksudkan ialah aturan.
               Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan bahasa.




               Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing.
            Contoh :
            BAHASA MELAYU

            1.  buku itu
            2.  sebuah buku merah
            3.  pensel ini

            BAHASA INGGERIS

                  1.  that car  (kereta itu)
                  2.  three red books (tiga buah buku yang merah)
                 3.  the beautiful book (buku yang cantik itu)

6.2       Bahasa bersifat dinamis

               Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya           bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain.
               Pertembungan kebudayaan, pertembungan manusia dengan         manusia lain menyebabkan pertambahan dan pengurangan            perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu.
               Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya tidak berubah.

6.3     Bahasa itu bersifat arbitrari

               Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam           bahasa dengan makna yang diberikan secara kebetulan dan     ditentukan oleh budaya sesuatu masyarakat.
               Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan       dengan benda-benda yang dimaksudkan.
               Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap          bahasa mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda    sama.
            Sebagai contoh:
                  dalam Bahasa Melayu dipanggil “pintu”
            dalam Bahasa Inggeris dipanggil “door”
            puerta” dalam Bahasa Sepanyol.
     
6.4.    Bahasa sebagai alat berkomunikasi

               Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan oleh penutur kepada pendengar.
               Faktor yang mengubah bahasanya.
     pendengar : orang yang dilawan bercakap.
     tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu  mengambil tempat, termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya.
     butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada  terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.

  6.5     Bahasa mempunyai makna

               Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan.
               Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud.

6.6       Bahasa itu linear

               Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu, iaitu dengan pergerakan           alat-alat artikulasi satu demi satu.
               Sebagai contoh untuk menyebut kalam , bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah ‘k’, ’ a’, ’l’, ’a’, dan ‘m’.
               Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu            demi satu untuk melambangkan sesuatu bunyi.
TUGASAN:
             Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai, huraikan sifat-sifat   bahasa dengan jelas.




TAJUK
7
VARIASI  BAHASA


Sinopsis

Tajuk 7 ini membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya.

Hasil Pembelajaran
            (i)         Menghurai dan menjelaskan variasi-variasi bahasa.
            (ii)        Melihat pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan                              masyarakat.

7.0       KANDUNGAN ISI

7.1       Variasi Bahasa

    Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang            digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu
    Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa            yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan             kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang    sama dalam keadaan yang berbeza.
    Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu :
                  Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan
                  Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan                            dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan.
    Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa   yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa.
    Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan,          kosa kata dan tatabahasa.
    Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.  Makin           besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa             itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.
    Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu.  Dalam konteks       Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat             berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu,     Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor. 
    Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.  Makin           besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa             itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.
    Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu.  Dalam rangka         Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat             berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu,     Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor. 
    Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan,          jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang           berbeza-beza penggunaannya.
    Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-           ahli bahasa.  Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa   tertentu, misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka      mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa, yang            walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri           daripada satu keseluruhan. 
    Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih            sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi         ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut.
    Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu           bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau             bahasa baku.
    Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-  orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan     berbincang. Tujuannya supaya mudah difahami.
    Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing           dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa m       Melayu umum, yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau.
    Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku,    ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan,     mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa.
    Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik.

7.2       Variasi Bahasa (Dialek)

    Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos'            iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya            dengan bahasa Yunani pada waktu itu.
    Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih             difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa           walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali           sebagai dialek.
     Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.
     Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan         tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari        segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu,            tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai            satu bahasa yang lain.
     Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan           pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara    mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti      Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.





7.3       Bahasa Isyarat

     Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi    manual, bahasa tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk            berkomunikasi.
     Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan        bahasa ini, biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan,    orientasi dan gerak tangan, lengan, dan tubuh, serta ekspresi          wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka.
     Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara.
     Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama.    Contohnya, Amerika Serikat dan Inggeris meskipun memiliki             bahasa tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang             berbeza (American Sign Language dan British Sign Language). Hal            yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki     bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol), tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama.
     Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang    mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak.
     Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu           sama lain.
     Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah        Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), yang memerlukan khidmat       jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak     memahami bahasa berkenaan.
     Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat      Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui      sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih        100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun.
TUGASAN
            Dengan memilih cerpen yang sesuai, analisis penggunaan variasi            bahasa yang digunakan dalam cerpen tersebut.  
TAMAT

No comments:

Post a Comment

Post a Comment