Tuesday 13 November 2012

MODUL EDU3105

  




      
         EDU3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAB 1 KONSEP TEKNOLOGI DALAM P&P

1.0 PENGENALAN & KONSEP TEKNOLOGI

1.  Gailbrath (1967) Teknologi ialah keupayaan menggunakan pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yg tersusun (other organized knowledge) yg digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yg praktikal dalam melaksanakan tugasan sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan.

2.  Evan & Nation(2000) Teknologi ialah suatu seni @ sains bagaimana alat itu digunakan untuk tujuan-tujuannya.

3.  Teknologi ialah proses, kaedah, dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan itu mencapai kejayaan.

1.1 PERKAITAN TEKNOLOGI DALAM P&P

1.  Teknologi dalam P&P ialah suatu usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan.

2.  Department of Audio Visual Instrusion (DAVI) 1963 – Definisi pertama tentang teknologi dalam P&P ialah komunikasi audiovisual.

3.  Association for Educational Communication and Technology (AECT) 1994 – Komunikasi audiovisual ialah cabang teori dan amalan yg bermula dengan reka bentuk dan kegunaan mesej yg mengawal proses pembelajaran.

4.  Teori Kognitif dan Konstruktif – Mereka bentuk, membina, mengguna pakai, mengurus, menilai, menganalisis serta mengguna pakai teori dan amalan daripada bidang-bidang lain.

1.2 DOMAIN TEKNOLOGI DALAM P&P

1.  Fasa Pertama (AECT) 1977 – Pengurusan pengajaran, Pengembangan pengajaran, dan Sumber pembelajaran.

2.  Fasa Kedua (Seel dan Richey) 1994 – Teori dan amalan berhubung dengan reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan, dan penilaian proses serta sumber untuk pembelajaran.

PERANAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM P&P

1.  Pembelajaran Kendiri
2.  Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran
3.  Peluang Belajar Untuk Semua.


BAB 2 REKA BENTUK PENGAJARAN (RP)

2.1 KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN

1.  Satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum P&P kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran.

2.  3 kategori RP :

  • RP sebagai Satu Proses (Briggs, 1977)
  • RP sebagai Satu Disiplin (Duffy dan Jonassen, 1991)
  • RP sebagai Satu Sains (Richey, 1986)

 3.  Yusup Hashim (1998) - RP mengandungi 4 bidang:
  • Reka bentuk sistem pengajaran
  • Reka bentuk strategi
  • Reka bentuk mesej
  • Ciri-ciri pelajar

2.2 MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

1.  Richey (1986) – menggariskan 6 elemen asas, iaitu :
  • Menentukan keperluan pelajar
  • Menentukan matlamat dan objektif
  • Membina prosedur penilaian
  • Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
  • Mencuba sistem pengajaran
  • Menilai keseluruhan sistem
 2.  Gustalfon (1991) – membahagikan RP kepada 3 model berorientasikan :
  • Bilik Darjah (tugas guru sebagai pelaksana sistem)
  • Produk
  • Sistem

2.2.1 MODEL ADDIE

-     Merupakan proses generik yg perlu diubah suai sebelum dapat digunakan, menjadi asas kepada semua model RP.
  • A (Analysis)                              -  Analisis
  • D (Design)                                 -  Bentuk
  • D (Development)                       -  Perkembangan
  • I (Implementation)                     -  Pelaksanaan
  • E (Evaluation)                            -  Penilaian
  
2.2.2 MODEL ASSURE

-     Heinech et al (1982) - Model RP berasaskan bilik darjah.
-     Dapat membantu guru merancang P&P dengan baik dan berkesan.
  • A (Analyses learner) – Analisis pelajar
  • S (State objectives) – Nyatakan objektif
  • S (Select method, media and materials) – Pilih kaedah, media & bahan sumber
  • U (Utilise media and materials) – Gunakan media & bahan sumber
  • R (Require learner response / participation) – Libatkan pelajar
  • E (Evaluate and revise materials)- Nilai & semak semula


2.2.3 MODEL GAGNE, BRIGGS DAN WAGER (1992)

  • Tentukan matlamat pengajaran
  • Laksanakan analisis pengajaran
  • Kenal pasti ciri-ciri pelajar
  • Bentuk objektif pengajaran pembelajaran
  • Pilih kaedah pengajaran
  • Sediakan bahan pengajaran
  • Rancang dan laksanakan penilaian formatif
  • Rancang dan laksanakan penilaian sumatif


PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN

1.  Meningkatkan pencapaian pelajar.
2.  Menjadikan P&P bilik darjah lebih teratur
3.  Memungkinkan objektif P&P dan hasil pembelajaran mudah tercapai.
4.  Membantu dalam proses membuat keputusan.
5.  Menjadikan penyampaian P&P selaras bagi kumpulan yg pelbagai.
6.  Menjimatkan masa dan peruntukan yg besar, cth: Pendidikan Jarak Jauh

2.3  REKA BENTUK MESEJ

1.  Heinech et al (2002) – media sebagai alat yg membantu proses komunikasi.
2.  Reiser dan Gagne (1983) – media sebagai sebarang cara fizikal yg memungkinkan mesej disampaikan.
3.  Torkelson (1972) – membahagikan media kepada 3 komponen :
  • Mesej – isi kandungan @ maklumat yg hendak disampaikan.
  • Bentuk mesej – merujuk kepada cara maklumat disimpan; dalam bentuk yg sebenar, dalam bentuk abstrak, simbol, visual, gambaran dan bentuk bahasa.
  • Saluran mesej – alat fizikal yg digunakan dalam penyampain mesej, dalam bentuk elektrikal, mekanikal dan digital.

4.  Gagne dan Briggs (1974) – 6 kategori media berdasarkan rangsangan fizikal media :
  • Perkataan / struktur bahasa
  • Bentuk bunyi bukan bahasa
  • Perkataan bercetak
  • Gambar statik
  • Gambar bergerak
  • Sampel sebenar
 
 BAB 3 MEDIA PENGAJARAN

1.  Media = Medium yg bermaksud sesuatu saluran komunikasi yg membawa maklumat.

2.  Berperanan untuk mendorong minat pelajar mengikuti proses pengajaran dan dengan ini meningkatkan pemahaman pelaja terhadap isi pengajaran.

3.  Teknologi memungkinkan proses P&P berlangsung tanpa kehadiran guru.

4.  Media pengajaran yg mendorong pembelajaran kendiri boleh berbentuk bahan-bahan media yg disediakan oleh guru sendiri @ pihak lain.

5.  Guru berperanan dalam menentukan hasil pembelajaran, pemilihan tajuk dan isi pelajaran, pemilihan strategi, teknik dan kaedah pengajaran serta penilaian.

6.  Percival dan Elington (1984) – mengetengahkan 2 bentuk media :
  • Saluran Komunikasi – radio, televisyen dan suratkhabar;
  • Alatan Fizikal Teknologi – filem, slaid, gambar, pita rakaman dll.

7.  Media dalam pengajaran – sesuatu alatan yg berupaya menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan merangsang pemikiran, perasaan, minat dan menarik perhatian penerima.

FUNGSI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
  • Pembantu Guru
  • Pengganti Guru
  • Pembelajaran Berasaskan Projek
  • Media Dalam Pendidikan Khas
  • Media Dalam Pendidikan Jarak Jauh
  • Media Dalam Folio Pembelajaran
  • Media Penyebar Ilmu
 3.3  JENIS DAN KLAFIKASI MEDIA

1.  Hoban dan Zissman (1937) – meletakkan nilai sesuatu bahan pandang dengar bergantung pada tahap realistiknya.
2.  Pengalaman Konkrit – pengalaman sebenar yg dialami oleh pelajar dan ia semakin berkurangan apabila pelajar menjadi pemerhati kepada sesuatu peristiwa.

3.  Pengalaman Abstrak – pengalaman yg dilalui oleh pelajar melalui sesuatu simbol visual @ verbal yg perlu ditafsirkan.

4.  Jenis dan klafikasi media :
  • Media Bergerak (rakaman video, animasi & filem)
  • Orang (guru, pelajar & orang ramai)
  • Objek / Model yg boleh disentuh dan dipegang oleh pelajar
  • Teks (poster, buku, suratkhabar, majalah, risalah & modul)
  • Visual (diagram, lukisan, foto, grafik, slaid, transparensi dll)
  • Audio (suara, bunyi-bunyian, muzik & lagu)

 BAB 4 REKA BENTUK PENGAJARAN BILIK DARJAH: MODEL ASSURE

4.1  PERANCANGAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN

1.  Gagne (1985) – pembelajaran berlaku sebagai satu proses yg berkembang secara berperingkat.

2.  Events of Instruction : -

      i.      Tarik perhatian pelajar.
     ii.      Beritahu objektif pembelajaran.
   iii.      Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar.
    iv.      Sampaikan isi pelajaran / bahan pengajaran-pembelajaran.
     v.      Bimbing pembelajaran pelajar.
    vi.      Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti.
  vii.      Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar.
 viii.      Taksir pencapaian pembelajaran.
    ix.      Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran.

4.2 MODEL ASSURE

1.  Analisis Pelajar

Berdasarkan aspek-aspek berikut :
  • Ciri-ciri umum pelajar
  • Pengetahuan / pengalaman sedia ada
  • Gaya pembelajaran pelajar
 2.  Nyatakan Objektif / Hasil Pembelajaran

Penyataan objektif yg baik mengandungi 4 kriteria :
  • Kumpulan pelajar
  • Bentuk tingkah laku baru
  • Situasi @ Syarat perlakuan
  • Tahap pencapaian minimum perlakuan
 3.  Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber

Proses pemilihan merangkumi 3 langkah :
  • Penentuan kaedah – ciri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada, gaya pembelajaran pelajar & objektif pembelajaran.
  • Pemilihan format media – merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yg hendak disampaikan.
  • Pemilihan bahan sumber – memilih bahan sumber sedia ada, mengubahsuai bahan sumber sedia ada & merekabentuk bahan sumber baru.
 4.  Gunakan Media dan Bahan Sumber

Tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru :
  • Semak / pratonton / kaji bahan sumber sebelum menggunakannya dalam kelas.
  • Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.
  • Sediakan persekitaran yg sesuai untuk penggunaan bahan sumber.
  • Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber.
  • Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.
 5.  Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran

Libatkan murid dalam pembelajaran melalui aktiviti berpusatkan pelajar berasaskan bahan dapat memotivasikan dan mengekalkan perubahan tingkah laku pelajar.

6.  Nilai dan Semak Semula

Penilaian semasa proses dan selepas proses P&P membolehkan guru membuat pembetulan, penambahbaikan, dan tindakan susulan yg sesuai.



BAB 5 KONSEP ASAS GRAFIK

5.1 GRAFIK

1.  Grafik - kombinasi gambar, lakaran, lukisan, huruf, angka, lambang, perkataan @ citra yg menjadi satu media pengajaran untuk memberikan dan menterjemahkan konsep @ idea daripada kepada penerima maklumat dalam situasi tertentu (P&P).

2.  Grafik – suatu bentuk komunikasi visual yg menggunakan teks @ gambar untuk menyampaikan informasi @ mesej

3.  Media elektronik – ‘grafik interakrif’ @ ‘grafik multimedia’

4.  Multimedia – perisian @ aplikasi yg berasaskan komputer dan menggabungkan sekurang-kurangnya dua @ lebih daripada dua media, iaitu teks, grafik, animasi, audio dan video.

PERALATAN ASAS BAGI REKA BENTUK GRAFIK
  • Akal (kreativiti)
  • Mata
  • Tangan
  • Alat-alat tradisional (pensel, dakwat, dll)
  • Komputer, dll.


FUNGSI GRAFIK DALAM PEMBELAJARAN

1.  Ia mudah difahami oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yg berbeza.

2.  Mendorong interaktif yg aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yg menyeronokkan dan mencabar.

5.4 ELEMEN ASAS REKA LETAK GRAFIK

1.  Titik
-  penggerak utama sesuatu bentuk dan juga sebagai penanda sesuatu    kedudukan di dalam ruang. -  tidak mempunyai ukuran panjang @ lebar, bersifat statik, tidak    mempunyai arah, secara relatif bebas, dan menjadi pusat sesuatu    unsur.

2.  Garisan -  percantuman dua titik yg mempunyai jarak tertentu. -  kombinasi gari membentuk imej 2D dan 3D.
  • Rupa geometri – rupa-rupa yg mempunyai sempadan yg tetap.
  • Rupa organik – rupa-rupa yg bebas, tidak bersudut dan tanpa sempadan yg tetap.

Chang Hon Woon (1997) – garisan dapat digunakan dengan tujuan menunjukkan pergerakkan, dijadikan motif mencorak, menghasilkan ton, menimbulkan bentuk, mencipta ruang, dan menimbulkan jalinan.

3.  Permukaan -  beberapa garisan pada sesuatu kedudukan sama ada menegak atau mendatar. -  contoh : permukaan di atas (bumbung rumah), permukaan menegak (dinding) dan permukaan di bawah (lantai / permukaan bumi).

4.  Bentuk -  mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan.

5.  Ruang -  kawasan kosong yg berada di sekeliling sesuatu objek yg juga dirujuk sebagai jarak antara dua objek @ rongga yg terdapat dalam sesuatu benda.
  • Ruang nyata – ruang yg terdapat pada bentuk-bentuk konkrit, iaitu objek sebenar bersifat 3D.
  • Ruang tampak – ruang ilusi yg timbul, iaitu bersifat 2D seperti gambar, lukisan dll.
 6.  Warna -  pembalikan cahaya daripada sesuatu objek @ permukaan.
  • Warna asas – Biru, Merah dan Kuning.
  • Warna sekunder - Kuning + Biru = Hijau / Merah + Biru = Ungu / Kuning + Merah = Jingga.
  • Warna tertier – Warna Asas + Warna Sekunder.
  -  fungsi warna – melahirkan kesan @ pengaruh tertentu.                                                                                                        - mewujudkan perasaan harmoni.

5.5 Prinsip Reka Letak Visual

1.  6 prinsip asas reka letak visual –  CASPER
  • C (Contrast) – Kontras
  • A (Alignment) – Seimbang
  • S (Simplicity) – Simplisiti (Keep It Simple and Stupid)
  • P (Proximity) – Kumpulan item yg berkaitan bersama jarak
  • E (Emphasis) – Fokus kepada item utama
  • R (Repetition) – Berulang grafik

2.  Tipografi – suatu ilmu dalam pemilihan dan penyusunan fon pada ruang-ruang yg tersedia untuk mencipta kesan tertentu yg menolong pembaca berasa selesa untuk membaca semaksimum mungkin.

      i.      Stail Fon : Roman – fon yg memiliki sirip / kaki / serif yg berbentuk lancip pada hujungnya. Sans serif – fon ini tidak mempunyai sirip / serif. Skrip @ Kursif – goresan tangan, miring ke kanan. Egyption – ciri kaki / sirip / srif yg berbentuk persegi. Dekoratif – pengembangan daripadabentuk-bentuk fon yg ada.

     ii.      Saiz Fon Saiz normal yg sering digunakan – 6 ke 72 poin.


BAB 6 PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI

6.2 BAHAN 2 DIMENSI (2D)

§ Bahan 2D ialah bahan yg mempunyai dua dimensi, iaitu lebar dan panjang.
§ Jenis bahan 2D ialah : bahan bercetak, carta, graf, poster dan gambar.

Bahan Bercetak
  • Buku teks – asas pengajaran dalam bilik darjah dan tiada gantinya.
  • Bahan bacaan percuma – brosur, risalah dll.

Kelebihan :
-     Amat mudah diperoleh dalam pelbagai topik dan bentuk.
-     Mudah digunakan dan tidak perlu banyak penerangan.
-     Boleh dialih.
-     Murah dari segi penghasilan / percuma.

Kelemahan:
-     Ditulis dengan sasaran pembaca tertentu.
-     Dianggap sebagai bahan hafalan (fakta dan definisi).
-     Banyak perbendaharaan kata (beban kognitif terhadap pelajar).
-     Tidak bersifat interaktif / persembahan satu hala.

Carta
  • Perwakilan visual menggambarkan suatu konsep yg sukar difahami secara lisan / bertulis.

Jenis-jenis Carta :
  • Carta organisasi – menunjukkan struktur sesuatu organisasi dari segi pemeringkatan.
  • Carta klasifikasi – menggambarkan kategori benda, peristiwa, haiwan dan sebagainya.
  • Carta tabular / jadual – mengandungi data dalam bentuk nombor dan peratus dalam bentuk jadual.
  • Carta aliran – carta proses menunjukkan sekuen, prosedur, atau aliran sesuatu aktiviti.
 Graf
  • Perwakilan visual data numerikal.
 Jenis-jenis Graf :
  • Graf bar – menggambarkan garaf satu skala di mana ketinggian bar mengukur kuantiti yg ingin diwakili.
  • Graf garisan – graf skala dua yg menggambarkan variasi nilai pada dua dimensi.
  • Graf pai – satu bulatan yg dibahagikan kepada segmen dan setiap segmen mewakili sebahagian peratus daripada keseluruhan.
 Gambar
  • Bahan visual 2D mengenai manusia, tempat @ benda-benda dan digunakan untuk memudahkan pemahaman pelajar.
 Kelebihan :
-     Murah dan mudah diperoleh.
-     Perincian visualnya memudahkan pemahaman.
-     Mengelakkan salah tanggapan dan berupaya membetulkannya.
-     Memberikan rangsangan sebagai bukti visual.
-     Memfokuskan tumpuan pelajar dan memperkembang penghakiman kritis.

Kekurangan :
-     Saiz dan jarak dalam gambar mungkin mengubah rupa bentuknya.
-     Kurangnya warna boleh mengehadkan ketepatan tafsiran.
-     Ada kala pelajar mengalami masalah menafsir dan memahami.
-     Kurang berkesan jika tidak diberikan kepada setiap pelajar.

Peta
  • Perwakilan abstrak tempat sebenar dalam bentuk simbol visual, garisan, dan warna.

6.3 BAHAN 3 DIMENSI (3D)

§ Bahan 3D ialah bahan visual yg mempunyai lebar, panjang dan ketinggian.
§ Jenis bahan 3D ialah : realia, model, dan ciptaan objek tiruan (diorama, binaan pasir dan model-model).

Realia
  • Merupakan objek sebenar yg di bawa ke dalam bilik darjah.
  • Zukowski-Faust (1997) – objek konkrit dan paraphernalia kehidupan.
 Model
  • Perwakilan bahan 3D bahan sbenar dalam bentuk saiz sebenar @ lebih kecil.
  • Mempunyai input maklumat, pemprosesan maklumat dan output keputusan.
 Ciptaan Objek Tiruan
  • Dicipta oleh guru @ pelajar yg tidak dapat diperoleh di pasaran.
 Diorama
  • Dihasilkan mengikut skala ukuran sebenar.
  • Saiz yg berbeza mengikut skala supaya sesuai dengan ruang.
  • Tujuan – mengimbas kemabali suasana @ peristiwa lepas @ menggambarkan masa depan.
 Meja Pasir
  • Menggambarkan situasi sebenar melalui satu replika.
KELEBIHAN PENGGUNAAN BAHAN 3D DALAM P&P

1.  Menimba ilmu pengetahuan tentang kebudayaan lain.
2.  Melibatkan diri dalam pengalaman konkrit.
3.  Mengembangkan kemahiran dan konsep.

KELEMAHAN PENGGUNAAN BAHAN 3D DALAM P&P

1.  Ada bahan 3D tidak mudah diperoleh di pasaran.
2.  Kekangan masa untuk membina bahan 3D.
3.  Perlu ada ruang yg luas untuk menyimpan bahan 3D.


 BAB 7 ASAS FOTOGRAFI

7.1 SEJARAH RINGKAS FOTOGRAFI

-     Photography secara literal bermaksud ‘menulis dengan cahaya’.
-     Sekitar abad 17-18, kamera ‘Abscura’ dicipta untuk kemudahan melukis imej berbantukan cahaya.
-     Sekitar 1888, George Eastmen mencipta kamera Kodak.
-     Tahun 1900, kamera Mammoth dicipta (beratnya 1400 paun).

7.2 KOMPONEN ASAS KAMERA

LENSA

§ Lensa, @ dikenali sebagai kanta, digunakan untuk membentuk imej yg jelas di atas permukaan filem di dalam kamera.

Jenis-jenis Kanta :

1.  Lensa Bidang Luas (Wide Angle Lens)
  • Ukurannya 6 mm – 45 mm.
  • Digunakan untuk penggambaran pemandangan jauh yg luas.
 2.  Lensa Biasa (Standard / Normal Lens)
  • Ukurannya 43 mm – 50 mm.
  • Sudut pandangan sisesuaikan dengan pandangan biasa mata.
 3.  Lensa Foto Jauh (Telefoto)
  • 85 mm – 120 mm : untuk gambar potret.
  • 135 mm – 200 mm : sesuai untuk sukan.
  • 300 mm – 600 mm : sesuai untuk pergerakan, alam semula jadi, dan hidupan liar.
 4.  Lensa Zoom
  • Gabungan beberapa jenis kanta pada satu unit. 28 mm – 50 mm : sudut luas ke normal 50 mm – 100 mm : normal ke sederhana 70 mm – 200 mm : normal ke jauh 135 mm – 300 mm : sederhana ke jauh
  • Sesuai pada subjek yg berubah-ubah dengan cepat.

§ Fokus ialah satu proses untuk mengubah jarak lensa (kanta) dari permukaan filem supaya satu imej subjek yg jelas akan terbentuk di atas permukaan filem.

APERTUR (SAIZ BUKAAN LENSA)

1.  Apertur ialah gegelang yg boleh membesar dan mengecil, berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya yg akan menuju ke filem.

2.  Skala pada apertur ini berukuran / ditanda dengan f @ f/stops.

3.  Skala pada apertur akan ditanda dengan 2.8/3.8, 4, 5.6, 8, 11, 16, dan 22.  (skala dari besar ke kecil).

SHUTTER (PENGATUP)

1.  Shutter @ pengatup ialah sebuah tingkap yg menutup permukaan filem daripada terkena cahaya.

2.  Tingkap pengatup akan hanya dibuka untuk jangka masa dedahan tertentu yg sesuai untuk mendapatkan gambar foto yg baik.

3.  Indeks kelajuan pengatup – B, 1, 2, 4, 6, 15, 30, 60, 125, 250, 500, 1000, dan 2000 yg bermaksud setiap tanda 1 menunjukkan kecepatan 1/1 saat kelajuan pengatup.

4.  Lebih besar indeks kelajuan maka lebih singkat masa dedahan dibenarkan dan lebih indeks kelajuan maka lebih lama dedahan dibenarkan.

 FILEM

1.  Filem ialah kepingan plastik khas yg mempunyai satu permukaan bahan kimia (silver halide crystals) yg peka cahaya.

2.  Kepekaan filem disukat berdasarkan skala :
  • ASA (American Standard Association)
  • JIS (Japan Industrial Standards)
  • DIN (Deutche Industrie Norme)
  • ISO (International Organization of Standardization)
 3.  Jenis-jenis filem :
  • Filem hitam putih – negatif hitam putih menghasilkan cetakan gambar hitam putih.
  • Filem warna – negatif warna untuk membuat gambar foto berwarna-warni.
  • Filem slaid – Filem positif untuk mendapatkan slaid berwarna dan boleh dicetak.
 Kepekaan Filem
§ Kadar kepekaan filem yg berlainan ukuran adalah tidak sama.
§ Semakin tinggi nombor, kepekaannya semakin tinggi dan sebaliknya.
§ Dedahan cahaya yg tepat (correct exposure) kepada filem bergantung pada tiga faktor utama : - sensitiviti / kelajuan filem - bukaan apertur lensa - kelajuan shutter.

LAMPU FLASH

Banyak teknik yg boleh dipraktikkan ketika menggunakan flash :

1.  Halaan terus ke objek (direct flash)

2.  Halaan pantulan (bounce flash) – sesuai untuk potret

3.  Penggunaan filter pada flash

4.  Flash berkembar – beri tambahan cahaya

5.  Simbahan manual – sesuai dengan teknik low shutter speed

7.7 JENIS KAMERA

Ada beberapa jenis kamera yg terdapat di pasaran.
Antaranya ialah :
  • Kamera piring (disk)
  • Kamera segera (instant) @ polaroid
  • Kamera katrij (catridge)
  • Kamera pembalikan
  • Kamera format besar (large format view)
 KAMERA KOMPAK (KAMERA FOKUS TETAP)

§ Tidak mempunyai mekanisme fokus, sebaliknya yg ada hanya sebuah penilik pandangan yg kedudukannya jauh sedikit dari lensa.
§ Mempunyai apertur pelaras yg mudah dengan simbol.

KAMERA SATU LENSA REFLEKS (SLR)

§ Tidak mempunyai tingkap penilik pandang di sebelah depannya. Ia hanya mempunyai tingkap menenang di sebelah belakang.
§ Sistem lensa yg boleh ditukar ganti.
§ Kegemaran jurufoto profesional dan penggiat seni foto.

KAMERA DIGITAL

§ Mempunyai sensor elektronik yg menggantikan filem.
§ Pengguna dapat melihat dengan segera imej, menyimpan, memadam, @ merakam semula.
§ Menggunakan sistem CCD (charge-coupled-device) bagi menukar imej cahaya kepada signal @ informasi digital.
§ CMOS (complementary metal oxide semiconductor) digunakan bagi kamera yg berharga murah.
§ Camcorder juga boleh menghasilkan imej pegun, tetapi resolusinya agak kasar. Imej tidak jelas apabila diperbesar saiznya.

7.8 TEKNIK PENGGAMBARAN

Secara umum :

1.  Kamera hendaklah dipegang dengan teguh supaya tidak bergoyang semasa anda memetik punat pelepas shuttle, terutama apabila melibatkan penggunaan lensa zoom @ kelajuan shuttle yg perlahan.

2.  Jangan menghalang bidikan – bagi mengelakkan gambar kelihatan sebahagian gelap @ terlindung.

Teknik Jarak Dekat
  • Imej yg dirakamkan dari jarak dekat dapat menjadi sumber yg membantu P&P apabila guru ingin fokus terhadap sesuatu kandungan pengetahuan kepada pelajar.
 Teknik Jarak Sederhana – Untuk Foto Pemandangan
  • Sangat sesuai dijadikan BBM kerana imej yg menyeluruh itu meluaskan pemandangan dengan pelajar terhadap sesuatu perkara.
 Teknik Panning – Foto Aksi @ Sukan
  • Kamera digerakkan mengikut arah pergerakan objek ketika menekan shutter pada kelajuan shutter yg agak perlahan.
  • Hasilnya, imej objek yg bergerak itu kelihatan jelas, tetapi objek yg statik akan kelihatan kabur.

 7.9 MUAT TURUN IMEJ

1.  Muat turun imej ke komputer

2.  Muat turun imej dari telefon bimbit

3.  Menggunakan mesin pengimbas

 PERANAN FOTOGRAFI DALAM P&P

1.  Menarik minat pelajar.
2.  Meningkatkan pemahaman pelajar terhada sesuatu konsep @ tema.
3.  Merangsang pemikiran pelajar untuk berfikir lebih jauh dan mendorong penerokaan dan perkembangan idea pelajar.
4.  Memudahkan tugas guru dalam menerapkan nilai dan kesedaran dalaman ke dalam jiwa pelajar.


BAB 8 PENGGUNAAN OHP DAN TRANSPARENSI

PROJEKTOR OHP

1.  Suatu alat pengganti papan tulis yg dapat memprojeksikan imej dari transparensi ke skrin.

2.  Jenis model OHP – jenis meja dan jenis mudah alih (boleh dibuka pasang, ringan dan mudah di bawa ke mana-mana).

Panduan Menggunakan OHP

1.  Projektor dan skrin perlu diletakkan pada kedudukan yg betul dan sesuai untuk mengelakkan dua bentuk keystone.
2.  Pastikan jarak antara projektor dengan skrin disesuaikan supaya imej yg dipancarkan itu memenuhi seluruh kawasan skrin.
3.  Pastikan permukaan lensa platen dan kepala adalah bersih.

Kelebihan :
-     Pengganti kepada papan tulis.
-     Memudahkan pengawalan bilik darjah.
-     Mengekalkan komunikasi lisan dan bukan lisan dengan pelajar.
-     Mudah disimpan dan boleh digunakan secara berulang-ulang.
-     Tidak memerlukan kemahiran teknikal yg kompleks.

Kelemahan :
-     Memerlukan kuasa bekalan elektrik.
-     Kos agak tinggi untuk membeli alat membuat transparensi normal, transparensi untuk fotokopi dan cetakan.
-     Jika projektor tidak diletakkan dengan betul, masalah keystone akan berlaku.
-     Perlu mempunyai kemahiran grafik untuk menghasilkan transparensi yg sempurna dan bermutu.

TRANPARENSI OHP
Prinsip Asas dalam Penyediaan Transparensi OHP


1.  Jangan cuba masukkan terlalu banyak maklumat dalam satu transparensi.
2.  Reka letak transparensi harus sistematik.
3.  Pastikan semua bahan pameran dalam transparensi dapat diprojeksikan pada skrin.

Cara Penyediaan Transparensi OHP

1.  Secara Write-on @ Tulis Terus - memerlukan pengguna menggunakan pen tranparensi untuk menulis   pada transparensi.
2.  Jenis Termal @ Peka Haba - mempunyai permukaan bersalut lapisan bahan kimia termal. - dimasukkan ke dalam alat pembuat stensel.
3.  Dicetak dan Salinan Foto - dicetak terus @ salinan foto amat jelas. - menggunakan mesin fotostat @ pencetal laser berwarna.

Teknik untuk Persembahan Transparensi OHP

1.  Tranparensi Urutan / Progresif - untuk memperkenalkan isi pelajaran secara urutan.
2.  Transparensi Tindih-tindan - membolehkan tokok tambah maklumat sehingga memberikan   gambaran secara keseluruhan secara bersistem dengan bantuan   tranparensi tindan.
3.  Penggunaan Animasi - boleh dibuat melalui OHP seperti dalam persembahan aliran dan   pergerakan.

Keberkesanan OHP bergantung pada :

a)  Tulisan pada transparensi harus sesuai dan jelas.
b)  Jarak antara baris sesuai.
c)  Bahan pada transparensi tidak padat dan hanya terdiri daripada isi-isi penting sahaja.


BAB 9 BAHAN AUDIO
9.1 PROSES MENDENGAR DALAM KALANGAN MURID

1.  Pendengaran ialah proses fisiologi - berlaku apabila gelombang bunyi masuk ke dalam saluran telinga, menggetarkan gegendang telinga dan tulang-tulang osikel di telinga tengah, memasuki telinga dalam (koklea) dan bertukar menjadi denyutan saraf (nerve impulse), dan bergerak ke otak untuk ditafsirkan.

2.  Mendengar pula berlaku secara psikologi – bermula apabila seseorang itu menyedari dan memberikan perhatian kepada sesuatu bunyi @ bentuk percakapan.

Kemahiran Bahasa
§ Tahap perbendaharaan kata @ kemahiran bahasa yg dimiliki oleh kanak-kanak mempengaruhi keberkesanan proses mendengar.

Kejelasan Punca Audio
§ Kelantangan optimum dan kejelasan punca audio membolehkan kanak-kanak mendengar dengan jelas dan memahami mesej yg hendak disampaikan.

Nada Audio yg Tidak Sekata (Monotonous)
§ Intonasi suara pengulas mestilah pelbagai dan beragam.

Kesediaan Mendengar
§ Kesediaan seseorang pendengar secara fizikalnya meningkatkan keupayaan mereka memahami mesej yg hendak disampaikan.

Dua elemen penting dalam menentukan keberkesanan proses mendengar semasa sesi P&P ialah penyampai mesej (guru) dan penerima mesej (pelajar).

9.2 PENGHASILAN BAHAN AUDIO PENDIDIKAN

Langkah-langkah perlu dilakukan bagi menghasilkan penerbitan audio :

Langkah 1 : Tetapkan matlamat.
Langkah 2 : Penyelidikan dan mengumpulkan bahan.
Langkah 3 : Pemilihan bahan.
Langkah 4 : Menulis skrip.
Langkah 5 : Menyediakan peralatan.
Langkah 6 : Membuat rakaman. Langkah 7 : Prebiu.
Langkah 8 : Penggunaan bahan audio.
Langkah 9 : Penilaian dan penambahbaikan.

9.3 FORMAT AUDIO

Format-format audio :
  • Kaset audio
  • Kaset mikro
  • Fonograf @ piring hitam
  • Cakera padat @ CD
  
9.4 PENERBITAN AUDIO

Untuk menerbitkan bahan audio, anda memerlukan beberapa bahan dan peralatan asas seperti berikut :
  • Mikrofon. (rujuk ms 146-148)
  • Alat perakam (perakam dan pemain kaset).
  • Pita audio @ kaset audio.
  • Studio (tempat rakaman yg khusus)
  • Bilik kawalan (pilihan)
  • Kesan bunyi (untuk menghasilkan keadaan sebenar)
  • Muzik (sebagai muzik latar)
  • Kabel.
  
9.5 PENGADUN SUARA

1.  Pengadun audio ialah alat yg mempunyai banyak saluran input yg boleh dilaras bahananya dan satu output.

2.  Alat ini biasanya terdapat di studio-studio rakaman.

3.  Sebelum memulakan rakaman, skrip hendaklah disediakan dan membuat  latihan membaca skrip.

Singkatan-singkatan yg perlu anda ketahui dan gunakan sewaktu anda menyediakan skrip :

1.        FI (Fade In) – Muzik masuk perlahan-lahan.
2.        FO (Fade Out) – Muzik hilang perlahan-lahan.
3.        FUp (Fade Up) – Muzik menaik perlahan-lahan.
4.        FD (Fade Down) – Muzik menurun perlahan-lahan.
5.        BG (Background) – Muzik latar.

9.6 SUNTINGAN

Boleh melakukan penyuntingan melalui beberapa cara seperti melalui perisian Sound Forge. (rujuk ms 151-157)




© Azure PISMP 4.02 (25-28/10/2009)

9.7 FORMAT FAIL AUDIO

1.  Audio Interchange File Format (AIFF dan AIF)
2.  Musical Instrument Digital Interface (MID, MDI dan MFF)
3.  Sound (SND)
4.  Roll (ROL)
5.  Wave (WAV)
6.  Sun Audio (AU)
7.  Voice (VOC)
8.  MPEG Level 3 (MP3)
9.  RealAudio atau RealMedia (.RA dan .RAM)


BAB 10 PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

10.1 VIDEO DALAM P&P

1.  Video – media bergerak yg realistik dan sangat bermanfaat dalm penyampaian sesuatu mesej kepada penonton.

2.  Berupaya untuk membawa masuk peristiwa yg berlaku di luar bilik darjah seperti letupan gunung berapi, bom atom dll.

3.  Berupaya untuk merakamkan imej jauh dan dekat, serta memanipulasi ruang.

4.  Masa dan ruang juga boleh dimanipulasikan melalui animasi.

10.2 KAMERA DAN PERAKAM VIDEO

1.  Camcorder ialah cantuman daripada dua perkataan iaitu camera dan recorder.

2.  Imej yg dirakam menggunakan camcorder dikesan bergerak melalui lensa fokus ditukar kepada beberapa siri signal elektronik. Signal ini kemudian dipancar dan dirakamkan ke atas pita magnetik. Pada masa yg sama, bunyi yg dikesan sebagai signal elektronik melalui mikrofon bina dalam, juga akan dirakam di atas pita yg sama.

3.  Sekiranya ingin membeli camcorder, perlulah mengambil kira perkara-perkara yg berikut :
  • Format storan.
  • Warna dan resolusi.
  • Intensiti cahaya – kamera video yg baik memerlukan pengcahayaan yg sedikit untuk menghasilkan rakaman yg berkualiti.
  • Cip CCD – lagi banyak mempunyai cip CCD, semakin baik resolusi dan warna yg dapat dirakamkan.
  • Input dan Output – iaitu aksesori seperti audio, video, mikrofon, headphone dan punca kuasa luar.

10.3 JENIS-JENIS KAMERA VIDEO

Kamera Video Analog

§ Merakamkan imej dan menyimpannya dalam bentuk analog.
§ Menggunakan tep magnetik dalam bentuk kaset video yg pelbagai format seperti VHS, VHS-C, Hi 8, dan U-matic.

Kamera Video Digital

§ Merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital.
§ Menngunakan kaset video dalam saiz kecil yg biasanya dalam format DVC (Digital Video Cassette).
§ Boleh disambung ke komputer dengan menggunakan kabel FireWire.
§ Boleh disunting dengan perisian-perisian komputer.

10.4 BAHAGIAN-BAHAGIAN PENTING KAMERA VIDEO

1.  Butang Zoom – merkamkan imej dekat objek tanpa bergerak dan menghampiri secara fizikal.

2.  Gelang Fokus – melakukan fokus secara manual.

3.  Sensor dedahan (exposure) – mengesan seluruh medan rakaman dan menala bukaan lensa yg sesuai dengan intensiti cahaya.

4.  Shutter – kelajuan shutter yg tinggi memerlukan lebih banyak cahaya, menyebabkan apertur dedahan dibuka lebih luas dan ini menghasilkan medan jelas menjadi lebih tohor.

5.  Butang White Balance – untuk mencipta keseimbangan warna yg menarik tetapi mungkin bukan warna asal.

6.  Alat rakam suara – untuk merakam suara semula jadi.

10.5 MEDAN JELAS

1.  Medan jelas – jarak di antara subjek yg kelihatan jelas.

2.  Medan jelas bergantung pada jenis kamera, apertur, dan jarak fokus.

3.  Semakin luas bukaan apertur, semakin terhad medan jelasnya, terutama apabila memfokus subjek yg dekat.

4.  Sebaliknya, sekiranya bukaan apertur kecil, maka imej ketajaman atau kejelasan yg dihasilkan agak sekata menyebabkan subjek kelihatan lebih jelas.

10.6 JENIS-JENIS SHOT
  • Full Length Shot (FLS)
  • Long Shot (L/S)
  • Knee Shot (KS)
  • Waist Shot (WS)
  • Bust / Medium Close-up Shot
  • Close Up Shot (C/UP)
  • Big Close Up (BC/U)
  • Extra Big Close Up (EBC/U)

10.7 JENIS-JENIS PERGERAKAN KAMERA

Panning

§ Cari poin permulaan dan poin akhir sebelum merakam.
§ Untuk merakam imej objek yg bergerak laju seperti pergerakan kereta lumba.

Pergerakan Tilting

§ Untuk menunjukkan ketinggian bangunan, pokok, cerun atau untuk membanding beza dua objek yg berlainan saiz.

Pergerakan Dolly

§ Menolak (dolly in) dan mengundur (dolly out)kamera yg dipasangkan  di atas tripod beroda.

Pergerakan Truck

§ Menolak ke kiri dan ke kanan kamera yg dipasangkan di atas tripod beroda.
§ Biasanya, merakam objek yg bergerak @ berjalan.

10.8 MERANCANG PENERBITAN BAHAN VIDEO UNTUK PENGAJARAN

1.        Tetapkan tujuan dan objektif.
2.        Penyelidikan bagi mengumpulkan bahan.
3.        Pilih bahan-bahan yg sesuai.
4.        Menulis skrip.
5.        Bersedia membuat penggambaran.
6.        Sediakan bahan-bahan grafik.
7.        Sediakan bahan dan peralatan.
8.        Mulakan penggambaran.
9.        Menyunting.
10.     Membuat rakaman audio.
11.     Prebiu.
12.     Gunakan dalam pengajaran.
13.     Penilaian dan penambahbaikan.

  10.9 MENYUNTING VIDEO

1.        Teknik asas menyunting video – menggunakan hanya sebuah pemain video dan sebuah perakam video serta  dua buah televisyen. Kedua-dua perlu disambungkan dengan AV cable.

2.        Menyunting dalam kamera – shot dan panjang shot ditentukan semasa rakam dibuat.

3.        Assemble editing – shot disalin ke pita baharu mengikut susunan yg dikehendaki.

4.        Teknik sisipan – rakaman baru dilakukan pada pita asal.

5.        Menyunting dengan menggunakan Three-machine Editting. (rujuk ms 180-181)

6.        Menyunting berbantukan komputer. - Windows Movie Maker (ms 182-191) - VCD Cutter v.4.04 (ms 191- 195)


BAB 11 PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI              (TMK) DALAM P&P

1.Pemprosesan menggunakan menggunakan perisian seperti Microsoft Word bagi tugas menaip, menyunting, dan mencetak sesuatu dokumen.

Pemprosesan perkataan terdiri daripada perwujudan sesuatu fail, penyimpanannya secara elektronik dalam cakera padat, pameran di skrin, pengeditan melalui arahan, dan aksara dari papan kekunci dan pencetakan dengan menggunakan pencetak (printer).

2.Perisian persembahan seperti Microsoft PowerPoint membantu guru-guru mengukuhkan sesi pengajaran serta menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru.

Perisian dapat membantu guru mencerakinkan fakta dan menjelaskan isi pengajaran.

Perisian ini membolehkan guru memilih pelbagai corak teks, grafik, animasi, audio dan video untuk diintegrasikan dalam slaid dan ditayangkan sebagai bantuan untuk sesi pengajaran.

3.Perisian Hamparan Elektronik membantu pengguna mengolah dan mengurus data nombor untuk tugas seperti penyimpanan rekod atau akaun.

Guru menggunakan perisian elektronik bagi tugas yang melibatkan aktiviti penyimpanan akaun kewangan dan juga untuk pengiraan markah dan gred.

Perisian seperti Microsoft Excel memudahkan guru semasa mengira jumlah markah, purata, memberikan gred, menyusun serta menyaring data.
Perisian pangkalan data seperti Microsoft Access membantu guru menyimpan, mengurus, dan mengubahsuai maklumat, iaitu berbentuk teks dan nombor.

Perisian pangkalan data sangat sesuai kerana membolehkan penggunanya mencari maklumat dengan pencarian kata-kata kunci.

5.Perisian pengarangan multimedia ialah perisian yg boleh mengintegrasikan kombinasi unsur teks, grafik, animasi, video, dan audio untuk menghasilkan sesuatu projek atau pakej yg ada ciri interaktif.

Projek multimedia interaktif yg dihasilkan guru boleh diintegrasi ke dalam P&P.

Macromedia Authorware amat berguna kerana berinteraktif dan dapat menarik tumpuan pelajar yg pelbagai kecerdasan.

6.Pengajaran pembelajaran berasaskan media interaktif melalui CD lebih menarik, dinamik, interaktif, serta disokong dengan audio, video, grafik dan animasi. Di samping itu, pelajar boleh mengikuti pelajaran mengikut tahap, kesuaian masa, dan keupayaan (self-access, self-paced dan self-directed).

7.Pembelajaran interaktif merupakan suatu kaedah yg dinamik kerana aplikasi multimedia memerlukan pelajar memberikan respons serta berinteraksi secara aktif.

Ia juga mempunyai unsur hiburan nescaya lebih menarik minat mereka.

Media interaktif berteraskan multimedia boleh membantu P&P secara lebih berkesan.

8.Aplikasi hipermedia meliputi kemampuan sesuatu perisian yg membenarkan pelajar meneroka maklumat.

Ciri hipermedia membolehkan pelajar meneroka dan mendapatkan maklumat mengikut minat, keupayaan, atau kehendak mereka sendiri.

Contoh bentuk media interaktif terdiri daripada Encarta, World Book Encyclopedia dll.


BAB 12 ISU-ISU & TREND TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN

HAK CIPTA TERPELIHARA

§ Hak cipta merupakan hak eksklusif pemilik terhadap bahan berhak cipta mereka.

§ Bahan karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan terbitan dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Malaysia).

KESELAMATAN

§ Keselamatan peralatan dalam makmal dan komputer perlu dipelihara.

KERAHSIAAN

§ Rahsia bermaksud ada kaitan dengan penjagaan dan pemeliharaan bahan dan alat / objek, bahan bertulis sperti peta.

KAWALAN KENDIRI

§ Kawalan kendiri ialah suatu usaha kehendak diri terhadap tingkah laku, tindakan dan proses-proses pemikiran.

TREND-TREND TEKNOLOGI PENDIDIKAN MASA DEPAN
§ Penggunaan Media Tradisional secara Berterusan

§ Pembelajaran Elektronik sebagai alternatif untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar luar kelas formal.

PERUBAHAN DALAM PERANAN GURU

§ Sebagai fasilitator, pengurus dan penggerak dalam era perkembangan teknologi.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS

§ Pengintegrasian teknologi membantu guru menghadapi kepelbagaian keperluan khas.



RUJUKAN:
Sri Pendidikan Guru : Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (2009)
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

MODUL BMM3107








TAJUK 1
SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK



SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden.

HASIL PEMBELAJARAN

(i)      Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu  linguistik.

(ii)     Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah,   
         Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke-20.

1.0       KANDUNGAN ISI

Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti  dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.

1.1       Zaman Yunani,  Zaman  Iskandariah,  Zaman Rom

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun  terawal yang wujud di atas muka  bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.

Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.

Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana  yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.
Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik.

Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana  turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang  kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.

1.2       Zaman Pertengahan,  Zaman Arab,  Zaman India

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan.
Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.

Sekarang mari kita bincangikan pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.

Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis.

Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.


1.3       Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden

Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.

Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.

Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.


TUGASAN:
              Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak sebelum masihi hingga ke zaman moden. Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda faham apa yang dibincangkan. 

               Bincangkan sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga kini.
TAJUK 2
PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK

SINOPSIS

Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu pemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal.

Hasil Pembelajaran
(i)            Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman
(ii)          Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak zaman awal hingga zaman moden
(iii)         Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik

2.0       KANDUNGAN ISI

Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai “Bapa Linguistik Moden”. Hasil pemikiran Bloomfield pula telah menghasilkan teori behaviourisme

2.1       Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik
·                   Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural  
dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi.
·                     Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam
sains. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia.
·                     Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu
bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat.
·                     Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna,
bahasa akan sentiasa berubah.

2.2       Pemikiran Leonard Bloomfield dalam Bidang Linguistik
·                     Bloomfield (1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yang
mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan.
·                     Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca
daripada adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu.
·                     Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku
manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Buku beliau yang popular ialah Language (1933).

2.3       Pemikiran Ferdinand de Saussure dalam Bidang Linguistik
·                    Ferdinand de Saussure (1857 – 1913)  ialah  orang pertama  yang
mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’  telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden.
·                    Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang
pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.
·                    De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan
konsep ‘langue’ dan ‘parole’. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat.
·                    Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan
buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.

Tugasan

            Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de             Saussure dengan Bloomfield.



 
            Huraikan dengan ringkas menggunakan ayat sendiri sumbangan dan kesan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan           pembelajaran bahasa.




TAJUK 3
BIDANG LINGUISTIK

Sinopsis

Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu Linguistik Am dan Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik Kontekstual.

Hasil Pembelajaran

(i)            Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik
(ii)          Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual
(iii)         Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan pengajaran bahasa.

 Kerangka Tajuk

Organization Chart


3.0       KANDUNGAN ISI
Perbincangan dalam tajuk ini menjurus kepada pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik, linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa, perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa serta kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik.

3.1       Linguistik  Umum dan Linguistik Gunaan

·                     Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang
yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.
·                     Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.
·                     Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi.
·                     Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.
·                     Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.
·                     Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa.
·                     Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.
·                     Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul  ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja.
·                     Perkara  yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.
·                     Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.
·                     Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.
·                     Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.
·                     Dalam  meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa, seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.



3.2       Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan

·                     Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah
satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.
·                     “Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto,
dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu.
·                     Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan”
yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.
·                     Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait
harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.
·          Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan
tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna.
·                     Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang
mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.
·                     Kaedah glotokronologi  mencadangkan penggunaan formula
matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.
·                     Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan
pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan:
·                     Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat
mengelaskannya mengikut ciri-ciri.
·                     Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik
tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman.
·                     Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan
perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.
·                     Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal  
usul (etimologi) sesuatu bahasa.
·                     Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman.
·                     Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci
dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu.
·                      Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat
perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.
·                     Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang
berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa.
·                     Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl
usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.
·                     Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang
            membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya          adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara          bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada        bahasa induk.
·                     Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja     atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal        ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-            aspek yang dibandingkan itu

3.3       Linguistik Kontekstual 

·                     Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi        dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik         teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri,          bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa             berinteraksi dengan dunia.
·                     Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik       merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi – interaksi          linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya.
·                     Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah            berinteraksi dengan linguistik.
·                     Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains   perubatan dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi        disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik        pengiraan, serta sains kognitif.
·                      
Tugasan:
            Buat perbandingan antara linguistik sejarah dengan linguistik         perbandingan.
           
            Bincangkan bidang linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa.




























TAJUK
4
LINGUISTIK KONTEKSTUAL



Sinopsis

Tajuk empat ialah tajuk yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

Hasil Pembelajaran       
            (i)         Menjelaskan perhubungan antara bahasa dan masyarakat.
            (ii)        Mengenal pasti aspek-aspek bahasa, struktur dan penggunaan                              bahasa dalam fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan masyarakat.

4.0       KANDUNGAN ISI

4.1       Linguistik Kontekstual
           
·         Menurut J. Lyons, 1968 ;

                              Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara                                          saintifik
     
·         Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005);

                              Linguistik ialah
                              1. Kajian saintifik tentang bahasa.
                              2. Berkaitan dengan bahasa.

·         Kamus Dwibahasa (1981) menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa.
     
·         Menurut John Lyons (1968);

                              Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang                                                      dilakukan secara saintifik.



Definisi kontekstual:
·         Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005);
                 
                              Kontekstual ialah  berkaitan dengan atau menurut konteks:                                penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan                                                   perkembangan sastera.

      Kontekstual membawa pengertian:
            1.         Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan                                                langsung, mengikut konteks.
            2.         Yang membawa maksud, makna dan  kepentingan                                         (meaningful).

      Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik       berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan    linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri,     bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa       berinteraksi dengan dunia.
         







            4.2       Sosiolinguistik

*                  Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara         bahasa dan gejalanya dalam   masyarakat.
*                  Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam    masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial           dalam masyarakat.
*                  Merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi       bermacam-macam perkara seperti  fungsi bahasa, peranan bahasa,         penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi, kata sapaan             yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak  sosial di antara             penutur, kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa, pelacakan    bahasa rahsia bajak laut, pengungkapan jati diri secara sosial           melalui grafiti, mantra  dan pelbagai istilah lain lagi.
*                  Pada prinsipnya, ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang          melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya          dalam sesebuah masyarakat yang tertentu.
*                   Secara mudah, sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan          pertalian antara  bahasa dengan masyarakat.
*                   Fungsi linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti perbandingan di antara  bahasa rasmi dengan bahasa vernakular         yang tidak rasmi, iaitu satu perihal yang   melibatkan apa yang          dinamakan “perancangan bahasa” dalam menegakkan identiti              sesebuah negara.
*                   Kesimpulannya, sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio-    budaya yang berhubung  dengan aspek-aspek linguistik seperti      perhubungan sosial harian yang berkaitan pula   dengan           kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan       bentuk-bentuk  gaya yang dibezakan oleh perihal taraf pemakai-      pemakainya.



4.3       Pengertian Antropologi
                  Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata yunani                            “Antropo” yang bererti manusia dan “logy” atau “logos” bererti                             ilmu yang mempelajari.


4.4       Antropologi Linguistik

v    Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya                                    terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan                                  sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.
v    Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan                                 memberikan penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa                           dengan penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan                                           kumpulan-kumpulan etnik.
v    Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat                               pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci                          adalah participant observation.
v    Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar                            kepada esuatu etnik, menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan                  sehingga kadang-kadang membawa kepada perkahwinan dan                                     jangka masa yang lama.

4.5       Linguistik Antropologikal
     
      Mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya. Melihat aspek-aspek       kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur    mempengaruhi cara mereka berbahasa.



TUGASAN
 
                    Huraikan cabang-cabang linguistik kontekstual.







TAJUK
5
STILISTIK



Sinopsis

Tajuk 5 ini melihat variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, Perlakuan bahasa bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal.


Hasil Pembelajaran
            (i)         Mengenal pasti prinsip-prinsip stilistik.
            (ii)        Melihat bagaiamana keberkesanan stilistik  mempengaruhi bahasa. 


5.0       KANDUNGAN ISI
           

5.1       Stilistik
         
          Menurut Abdullah Hassan (1990)
§     Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang         dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa
§     Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan
§     Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan.
§     Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu      gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera.





5.2       Stilistik dari sudut Sastera

§     Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada    penggunaan bahasa.
§     Cabang linguistik gunaan atau terapan.
§     Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya     bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik.
§     Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182) - stilistik meneliti          penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan             berusaha menemukan fungsi estetik.

5.3       Pengenalan am Stilistik Bahasa

§     Bermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu      bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, khasnya bergantung      kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan.
§     Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang             paling formal kepada bentuk yang agak formal.
     

5.4       Prinsip Stilistik

§     Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca         kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan     berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis.
§     Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan           kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang.
§     Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa             tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.
§     Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti     yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan          struktural.
§     Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada             aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina         keseluruhan karya.
§     Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami, mudah dimengerti, banyak maksud dan mempunyai makna            simbolik.
§     Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan             gaya keperibadian seseorang penulis.
§     Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai penelitian   sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu             penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan         keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya.
§     Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh           beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan            keperibadian penulis
§     Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan             diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan.
§     Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat      pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan.
§     Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek    kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu       dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.
§     Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna             perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan         oleh pengarang.
§     Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan   dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan   satu gaya atau stail bagi seseorang penulis.
§     Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang            penghasilan sesebuah karya.
§     Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai           keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya.
§     Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan        stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur- unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif.
§     Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis           proses penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau         khalayak terhadap sesebuah karya.
§     Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu       bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan atau        memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada        penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk             mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.

TUGASAN
            Huraikan prinsip-prinsip stilistik dan bagaimanakah stilistik itu         mempengaruhi kehidupan masyarakat.

























TAJUK
6
SIFAT BAHASA


Sinopsis

Tajuk 6 ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky     Menurut Teori Noam Chomsky bahasa apa pun di dunia ini mempunyai            sifat-sifat yang tersendiri.
     

Hasil Pembelajaran

            (i)         Boleh menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat.
            (ii)        Menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu. 


6.0       KANDUNGAN ISI

6.1       Bahasa sebagai satu sistem      

               Bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam      bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan , nahu atau       bentuk sintaksis.
               Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu     susunan yang sempurna dari segi strukturnya (klausa, ayat, kata).
               Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan, melainkan             mengikut cara-cara tertentu.
               Sistem yang dimaksudkan ialah aturan.
               Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan bahasa.




               Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing.
            Contoh :
            BAHASA MELAYU

            1.  buku itu
            2.  sebuah buku merah
            3.  pensel ini

            BAHASA INGGERIS

                  1.  that car  (kereta itu)
                  2.  three red books (tiga buah buku yang merah)
                 3.  the beautiful book (buku yang cantik itu)

6.2       Bahasa bersifat dinamis

               Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya           bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain.
               Pertembungan kebudayaan, pertembungan manusia dengan         manusia lain menyebabkan pertambahan dan pengurangan            perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu.
               Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya tidak berubah.

6.3     Bahasa itu bersifat arbitrari

               Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam           bahasa dengan makna yang diberikan secara kebetulan dan     ditentukan oleh budaya sesuatu masyarakat.
               Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan       dengan benda-benda yang dimaksudkan.
               Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap          bahasa mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda    sama.
            Sebagai contoh:
                  dalam Bahasa Melayu dipanggil “pintu”
            dalam Bahasa Inggeris dipanggil “door”
            puerta” dalam Bahasa Sepanyol.
     
6.4.    Bahasa sebagai alat berkomunikasi

               Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan oleh penutur kepada pendengar.
               Faktor yang mengubah bahasanya.
     pendengar : orang yang dilawan bercakap.
     tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu  mengambil tempat, termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya.
     butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada  terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.

  6.5     Bahasa mempunyai makna

               Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan.
               Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud.

6.6       Bahasa itu linear

               Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu, iaitu dengan pergerakan           alat-alat artikulasi satu demi satu.
               Sebagai contoh untuk menyebut kalam , bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah ‘k’, ’ a’, ’l’, ’a’, dan ‘m’.
               Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu            demi satu untuk melambangkan sesuatu bunyi.
TUGASAN:
             Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai, huraikan sifat-sifat   bahasa dengan jelas.




TAJUK
7
VARIASI  BAHASA


Sinopsis

Tajuk 7 ini membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya.

Hasil Pembelajaran
            (i)         Menghurai dan menjelaskan variasi-variasi bahasa.
            (ii)        Melihat pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan                              masyarakat.

7.0       KANDUNGAN ISI

7.1       Variasi Bahasa

    Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang            digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu
    Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa            yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan             kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang    sama dalam keadaan yang berbeza.
    Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu :
                  Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan
                  Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan                            dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan.
    Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa   yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa.
    Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan,          kosa kata dan tatabahasa.
    Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.  Makin           besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa             itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.
    Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu.  Dalam konteks       Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat             berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu,     Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor. 
    Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.  Makin           besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa             itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.
    Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu.  Dalam rangka         Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat             berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu,     Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor. 
    Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan,          jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang           berbeza-beza penggunaannya.
    Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-           ahli bahasa.  Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa   tertentu, misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka      mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa, yang            walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri           daripada satu keseluruhan. 
    Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih            sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi         ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut.
    Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu           bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau             bahasa baku.
    Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-  orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan     berbincang. Tujuannya supaya mudah difahami.
    Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing           dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa m       Melayu umum, yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau.
    Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku,    ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan,     mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa.
    Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik.

7.2       Variasi Bahasa (Dialek)

    Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos'            iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya            dengan bahasa Yunani pada waktu itu.
    Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih             difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa           walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali           sebagai dialek.
     Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.
     Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan         tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari        segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu,            tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai            satu bahasa yang lain.
     Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan           pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara    mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti      Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.





7.3       Bahasa Isyarat

     Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi    manual, bahasa tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk            berkomunikasi.
     Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan        bahasa ini, biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan,    orientasi dan gerak tangan, lengan, dan tubuh, serta ekspresi          wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka.
     Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara.
     Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama.    Contohnya, Amerika Serikat dan Inggeris meskipun memiliki             bahasa tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang             berbeza (American Sign Language dan British Sign Language). Hal            yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki     bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol), tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama.
     Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang    mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak.
     Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu           sama lain.
     Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah        Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), yang memerlukan khidmat       jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak     memahami bahasa berkenaan.
     Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat      Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui      sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih        100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun.
TUGASAN
            Dengan memilih cerpen yang sesuai, analisis penggunaan variasi            bahasa yang digunakan dalam cerpen tersebut.  
TAMAT