MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
- Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
- Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
- Membina bahan video dan audio
- Menggunakan perisian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar, bertutur dan membaca
Pengenalan
Pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu
P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada
murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang
dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu
berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam
pengajaran Kemahiran Bahasa.
Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa.
Sebelum
membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu,
terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan
tersebut ialah berkaitan dengan :
(i) Penentuan peringkat pengajaran
(ii) Kemahiran bahasa
(i) Penentuan peringkat pengajaran
- Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video dan audio.
- Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:
Sekiranya
penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan
guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam
kelas.
(i) Kemahiran Berbahasa
Seperti
yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran
dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis.
Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu
mengambilkira kemhiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan
audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada
sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh
menggunakan bahan audio sebgai bahan bantĂș mengajar pada hari itu kerana
ianya tidak relevan.
Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio.
Pendedahan
kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis
media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam
multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu
interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi
menerusi penggunaan multimedia.
Prinsip pembinaan bahan video dan audio:
Dalam
menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam
proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen
media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini
bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
- Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
- Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
- Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
- Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
- Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.
Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik
merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak
bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan
sebagainya.
- Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
- Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.
Penggunaan elemen audio
- Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
- Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan
- Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.
Panduan menggunakan elemen animasi
- Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
- Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.
Membina Bahan Video Dan Audio
Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memebina bahan audio dan video. Antaranya ialah:
(i) Membina bahan video
Langkah 1 & 2
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 5
Membina bahan audio
Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.
Bahan
audio ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalaui perisian yang
dipilih. Hasil rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio
untuk memudahkan pencarian bahan dilakukan nanti.
No comments:
Post a Comment