Thursday 16 August 2012

MINGGU 2







MINGGU  2:
Menggunakan Internet , Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Apakah Enjin Pencari?
Enjin pencari maklumat adalah nama umum bagi program yang digunakan untuk mencari sesuatu maklumat. Namun begitu, ia sering digunakan bagi merujuk kepada lokasi atau pelayan WWW yang memberikan perkhidmatan mencari maklumat. Berbeza dari Archie, Veronica dan Jughead, enjin pencari maklumat yang diperoleh melalui WWW boleh mencari maklumat yang terdapat dalam WWW, ruangan Gopher, pelayan FTP Tanpa Nama dan kumpulan berita USENET.
Secara amnya setiap enjin pencari maklumat mempunyai satu pengkalan maklumat yang dibina dengan meninjau seberapa banyak pelayan Internet. Ini dilakukan ketika rangkaian tidak sibuk seperti pada awal pagi atau dibuat secara berperingkat-peringkat. Ini bagi menghormati etika penggunaan Internet.

Tujuan dan Jenis Enjin Pencari
 Tujuan (konteks pendidikan)
Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
v Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.
 Jenis ‘enjin pencari’
v www.teoma.com

 Jenis ‘enjin pencari’:

·                      www.google.com

  www.yahoo.com


Cara Mengkategorikan Maklumat:
· Video
· Gambar
· Ruangan
· Lagu
· Multi
· Permainan
· Perniagaan

Bagaimana mendapat maklumat di internet
1.          Mengenalpasti tajuk.
2.          Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
3.          Memilih enjin pencarian yang tepat.
4.          Menyemak kesesuaian maklumat atau bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan)
5.          Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.

Definisi Video
Format file yang biasa dan sedia ada bagi video ialah MPG, AVI dan MOV

MPG
Bermaksud Motion Pictures Expert Group. Format yang digunakan adalah untuk penghasilan
VCD.

AVI
(Audio Video Interleave ) Bermaksud Video for Windows.Ianya diperkenalkan oleh Microsft pada tahun 1992. AVI membolehkan audio dan video dimainkan secara serentak bagi sesebuah file video digital.

MOV
Merupakan format video untuk perisian Quick time. Telah dibangunkan oleh Apple Computer Company. Format file video yang lain juga adalah seperti MP4, 3GP, WMV, FLV dan SWF

Definisi Audio
Audio atau bunyi-bunyian teknologi yang membolehkan sistem computer mengeluarkan muzik atau suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaiakn maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Membantu juga meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan. Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.

AIFF dan AIF/ (Audio Interchange File Format) format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasid engannya. Ianya boleh menyimpan sehingga 32 bit.

MP3 (MPEG-1 Audio Layer-3) Merupakan satu format pemampatan data audio yang paling popular. Fail MP3 adalah bersaiz 1/10 daripada saiz asal audio tetapi mempunyai kualiti yang baik sehingga mencapai kualiti CD asal.

MID, MIDI, MFF (Musical Instrument Digital Interface) Format yang boleh diterima pakai di seluruh dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.
SND/Sound Format fail yang telah diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.

WAVE/ WAV Format fail yang paling meluas digunakan yang disokong oleh sistem operasi windows. Mampu menampung saizd ari 8 bit sehingga 16 bit.

SUN AUDIO/ AU Boleh digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun Microsystem. Merupakan format audio 16 bit.

MPEG (Moving Picture Experts Group) Format file yang makin popular digunakan untuk tujuan penyaluran muzik melalui talian internet. Kumpulan MPEG telah bekerjasama dengan Organization for Standardization (ISO) untuk membangunkan satu standard bagi pemampatan data audio dan video berbentuk digital bagi penggunaan seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment