Tuesday 13 November 2012

MODUL BMM3108 SEM 4






Modul BMM3108



AGIHAN TAJUK


Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15  jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

Bil.
Tajuk/Topik
Interaksi
Bersemuka
(jam)
Modul
(jam)
Jum.
Jam

1

Teori Fonetik dan Fonologi
  • Definisi, Perbezaan
  • Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu
  • Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu

3
3

2

Artikulasi dan Artikulator
  • Alat-alat Artikulasi
  • Artikulasi Vokal

3
3

3

Artikulasi dan Artikulator
  • Artikulasi Konsonan
  • Artikulasi Diftong

3
3

4

Huruf-huruf dalam Bahasa Melayu
  • Vokal
  • Konsonan (asal, pinjaman, gandingan, rangkap)
  • Diftong

3
3

5

Simbol Fonetik dalam Bahasa Melayu
  • Vokal
  • Konsonan
  • Diftong

3
3

6

 Fonem Segmental dalam Bahasa Melayu
  • Vokal Hadapan, Tengah, Belakang, Nasalisasi
  • Diftong

3




3

7

Fonem Segmental dalam Bahasa Melayu
  • Konsonan Letupan
  • Konsonan Geseran
  • Konsonan Getaran



3






3

8

Fonem Segmental dalam Bahasa Melayu
  • Konsonan Sengauan
  • Konsonan Separuh Vokal
  • Konsonan Pinjaman

3




3



9


Fonem dalam Bahasa Melayu
  • Fonem Vokal
  • Konsonan

Fonem Suprasegmental dalam Bahasa Melayu
  • Maksud Prosoni dan Kelantangan Suara
  • Tekanan, Nada
  • Jeda, Panjang Pendek
  •  
3

3

10

Fonem Suprasegmental dalam Bahasa Melayu
  • Maksud Prosoni dan Kelantangan Suara
  • Tekanan, Nada
  • Jeda, Panjang Pendek
3




3

11

Latihan Sebutan dan Penyukuan Sebutan
  • Vokal
  • Konsonan
  • Diftong
3



3

12

Latihan Transkripsi Sebutan dan Penyukuan Sebutan
  • Mentranskripsi perkataan-perkataan yang mengandungi Vokal
  • Mentranskripsi perkataan-perkataan yang mengandungi Konsonan
  • Mentranskripsi perkataan-perkataan yang mengandungi Diftong
3

3

13

Sebutan Baku Kata Terbitan
  • Imbuhan Awalan
  • Imbuhan Akhiran
  • Imbuhan Apitan



3

3

14

Sebutan Baku Kata Pinjaman
  • Dari Bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang Lain
  • Dari Bahasa Arab
  • Istilah Agama
3



3

15

Latihan mentranskripsi satu perenggan sepanjang 150 ke 200 patah perkataan.

3


3

JUMLAH

30

15

45



TAJUK 1
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU



SINOPSIS


Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
·                    Konsep fonetik dan fonologi
·                    Matlamat sebutan baku
·                    Pelaksanaan Sebutan baku

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonemik ialah  cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Pandangan yang ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan kita.
FONETIK
 
             Text Box: FONETIK
Text Box: FONOLOGI





FONOLOGI
 


FONEMIK
 

Text Box: FONEM IK





Di Barat, kajian tentang fonologi telah bermula sejak awal tahun 1800 apabila para ahli bahasa memulakan kajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Namun demikian, penumpuan bidang fonologi moden lebih menekankan aspek sebutan, dan seterusnya meneliti aspek fizikal artikulasi sebutan yang sebenarnya.


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1.            menjelaskan konsep fonetik dan fonologi;
2.            membanding beza antara bidang kajian fonetik dan fonologi;
3.            menerangkan matlamat sebutan baku bahasa Melayu;
4.            menerangkan pelaksanaan sebutan bahasa baku bahasa Melayu.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Organization Chart

1.0         KANDUNGAN ISI


Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku bahasa Melayu dan pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu.


1.1 Definisi

Apakah yang dimaksudkan dengan fonologi? Fonologi (daripada Greek: φωνή, phōnē, "suara, bunyi" dan λόγος, lógos, "perkataan, pertuturan, subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa.
Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή (phonê) "bunyi" atau "suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India purba, berikutan catatan Pāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi Pāṇini.
Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan “the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”.
Menurut Dal bor, salah seorang ahli linguistik Barat, “phonology is the study of the function and patterning of speech sounds“ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia”.

Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.

Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985).

Menurut ahli linguistik Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik ditafsirkannya sebagai “the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics” yang bermaksud “pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik”.

Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketika menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan diberi lambang tertentu dalam kurungan siku. Contohnya [o]. Satu unit bunyi fonem diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis miring. Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh sebarang tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji secara berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan bersifat teknikal. Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.

1.1.1 Fonetik Artikulasi 
Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-bahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, dan sebagainya.

1.1.2 Fonetik Akustik 
Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.

1.1.3 Fonetik Auditori 
Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad.Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang lagi, iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.


1.2  Perbezaan Fonetik dan Fonologi
Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak.  Fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut:

Fonetik
Fonologi

Fenomena bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya.
Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa.

Asas kepada kajian fonologi.
Input kepada kajian linguistik tinggi, iaitu morfologi dan sintaksis.
Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia, tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna.
Dapat merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci dengan tujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik.
(Siti Hajar Abd. Aziz, 2008: 90)

  1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang fonetik artikulasi, fonetik akustik, dan fonetik auditori.
  2. Banding beza bahan tersebut, kemudian bentangkan di dalam kelas anda.

1.3 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu

Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah,1999). Jika dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap dan kukuh. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai bahasa rasmi bagi negara kita, alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak rasmi. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu dipertikaikan lagi, ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail, 2008 bahawa:

”Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem, dengan asas yang padu dan kukuh ini, bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh ”.

Namun sebagai bahasa yang hidup  dan berkembang, bahasa Melayu khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa ini. Kini, bahasa Melayu baku menghadapi cabaran dan tekanan ekoran arus pemodenan dan globalisasi. Penggiat bahasa risau, pendidik bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang melihat kian hari bahasa Melayu kian tersisih. Kegagalan meletakkan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan bahasa Melayu baku dengan jayanya.

Bahasa baku ialah bahasa standard, mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata. Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988). Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

  1. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi.
  2. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa.
  3. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah), sistem ejaan, dan laras bahasa.
  4. Secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah

1.4  Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu


Menurut Awang Sariyan (1988:6), ahli- ahli bahasa telah bersependapat tentang  dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K.L pike dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu ”Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja, dan tidak ada huruf yang senyap”.

Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut :

Sebutan Huruf: Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah  dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan.

Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan.

Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta  keperihalan keadaan yang berkenaan.

Huruf dan fonem vokal ‘a’

Sebutan Baku

Vokal ‘a’ dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka, tertutup, di tengah atau di akhir kata.Ini bermakna vokal ‘a’ disebut seperti mana dieja dan dieja seperti mana dilafazkan.

Contoh:

Huruf Vokal
Fonem/ bunyi
Ejaan
Sebutan
a
[a]
saya
berapa
apa
[sa ya]
[be ra pa]
[a pa]


Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘i’.

Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘i’ perlu dibunyikan dengan [ i ], sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal ‘i’ perlu dibunyikan  seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘i’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [e].
Contoh:
Ejaan
Sebutan baku
Sebutan Johor Riau
Alih
Mukim
Hasil
[a lih]
[mu kim]
[ha sil]
[ a leh]
[mu kem]
[ha sil]

Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘u’.

Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘u’ perlu dibunyikan dengan [ u ], sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal ‘u’ perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘u’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [o].
Contohnya:
Ejaan
Sebutan baku
Sebutan Johor-Riau
Betul
Lanun
tutup
[be tul]
[la nun]
[tu tup]
[ be tol]
[la non]
[tu top)

Penyebutan Kata Terbitan

Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV , KV + KV , KVK , KVK + KVK.

Kata terbitan dengan imbuhan awalan

Ejaan
Sebutan baku
Sebutan Johor-Riau
Pengajar
Pengedar
Terasa
Berlari
terangkat
[pe nga jar]
[pe nge dar]
[te ra sa]
[ber la ri]
[ter ang kat]
[pe nga ja]
[pe nge da]
[te ra sé]
[ber la ri]
[ter ang kat]




Kata terbitan bahasa Arab, Indonesia dan Inggeris

Kata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.

Ejaan Standard
Sebutan baku
Sebutan Johor-Riau

i)    Bahasa Indonesia
Sama bunyi
Anda
Merdeka

Berbeza bunyi
Bangsa

ii)  Bahasa Arab

Sama bunyi
Fatwa
Takwa
Beza bunyi
Makna

iii) Bahasa Inggeris

Frasa
drama




[an da]
[mer de ka]


[bang sa]




[fat wa]
[tak wa]

[mak na]


[fra sa]
[dra ma]




[an da]
[mer de ka]


[bang sé]




[fat wa]
[tak wa]

[mak né]


[fra sa]
[dra ma]





1.5 Intonasi dalam Bahasa Melayu
Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu, sama ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya.
Ada beberapa fungsi intonasi. Antaranya:
  1. Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap, seperti kegembiraan, kebosanan, kemarahan, kekejutan, keakraban, kekecualian, ketakutan dan ratusan sikap yang lain.
  2. Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran, sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan, positif atau negatif dan seumpamanya.
  3. Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut.
  4. Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain.
  5. Fungsi psikologi: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat, seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan.
  6. Fungsi ‘indexical’: Untuk menandai identiti seseorang, iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza, seperti khatib, penjual ubat atau sarjan tentera.
Sebutan bagi Nama Khas
Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya:
Ejaan
Sebutan
Muhammad Hatta
[mu.ham.mad hat.ta]
James Bond
[jéms bÕnd]
Nelson Mandela
[nẼl.sen man.dé.la]
Lim Keng Yaik
[lim kéng yék]
Boutros Boutros-Ghali
[but.ros but.ros gha.li]


Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya:
Ejaan
Sebutan
Selangor Darul Ehsan
[se.la.ngor da.rul éh.san]
Bosnia-Herzegovina
[bos.nia her.ze.go.vi.na]
Pyongyang
[pyong.yang]
New Zealand
[niu zi.lẼnd]
Sunway Lagoon
[sun.wéi le.gun]



Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu. Contohnya:
Ejaan
Sebutan
Bank Bumiputera
[baângk bu.mi.pu.te.ra]
Radio Televisyen Malaysia
[ra.dio té.lé.vi.syen me.lé.sia]
Universiti Teknologi Malaysia
[u.ni.ver.si.ti ték.no.lo.gi me.lé.sia]
Agensi Pengiklanan Multimedia
[a.gén.si pe.ngi.la.nan mul.ti.mé.dia] atau [a.gén.si peng. Öik.la.nan mul.ti.mé.dia]
Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara pemenggalan suku kata ejaan, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya:
Ejaan
Sebutan
Felda
[fél.da] atau (Federal Land Development Authority)
(Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)
UNESCO
[yu.nés.ko] atau (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization)
UMNO
[am.no] atau (United Malays National Organization) (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu)
tadika
[ta.di.ka] atau (taman didikan kanak-kanak)
ADUN
[a.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri)
Plus
[plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan)
Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya:
Ejaan
Sebutan
DBP
[di.bi.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka)
TLDM
[ti.él.di.ém] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia)
JKKK
[jé.ké.ké.ké] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung)
RTM
[ar.ti.ém] atau (Radio Televisyen Malaysia)
PLO
[pi.él.o] atau (Palestinian Liberation Organization)
(Pertubuhan Pembebasan Palestin)

                       

BACAAN TAMBAHAN

Asmah Hj Omar. (1977). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (1988). Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik.  Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara.



Mengapakah bahasa baku diperkenalkan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia? Apakah halangan yang akan timbul sekiranya setiap ahli di dalam masyarakat menggunakan dialek atau loghat masing-masing?






TAJUK 2
 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR


SINOPSIS         


Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk menghasilkan ujaran. Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal yang digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal.

HASIL PEMBELAJARAN  

(i)         Mengenal pasti definisi artikulasi dan artikulator.

(ii)        Mengenal pasti alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal

(iii)       Menghuraikan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal

Kerangka Tajuk-tajuk


Organization Chart
           
     Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1




2.0      KANDUNGAN ISI


Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi dan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal.

2.1       Definisi Artikulasi dan Artikulator

Untuk pengetahuan anda, artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas, iaitu mengunyah makanan, menelan dan menghembus nafas. Oleh itu, tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.


Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah artikulasi. Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan seperti lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.  

2.2       Alat-Alat Artikulasi


Tahulah anda bahawa, alat-alat artikulasi meliputi artikulator dan daerah artikulasi?. Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan, iaitu lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut, manakala daerah artikulasi ialah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan bawah), gigi, lelangit, anak tekak, lidah, dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin, 1998:16-17)







           



                                    
                                    
       Kedudukan Artikulator                                            Daerah Artikulasi

                                                1. Bibir atas  2. Bibir bawah 3. Gigi atas
4. Gigi bawah  5. Gusi  6. Lelangit keras
7. Lelangit lembut 8. Anak tekak  9. Lidah
10. Epiglotis 11. Pita suara  12. Rongga tekak
13. Rongga hidung  14. Rongga mulut  15. Tenggorok
                                         

Rajah 2.2: Alat-Alat Artikulasi


2.3       Alat-Alat Artikulasi Vokal                                                                  
                                                                                                          

Anda perlu mengetahui bahawa, Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf vokal yang digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. Huruf-huruf tersebut ialah a, e, i, o, dan u. Alat-alat artikulasi vokal  meliputi rongga mulut, iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir.

Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan bahagian lidah, ruang udara antara bahagian lidah yang berkenaan dan  keadaan bibir. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu tinggi, separuh tinggi, separuh rendah dan rendah. Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu, ruang udara dapat dibahagikan kepada empat juga, iaitu sempit, separuh sempit,  separuh luas dan luas. Bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu depan, tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah) yang berikut:


Rajah 2.3: Bahagian Lidah

            Seterusnya, keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral, hampar dan bundar. Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang dapat dihasilkan, iaitu [i, e, a, o, u, @] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu, iaitu [ε] dan [O]. Bunyi-bunyi  [ε] dan [O] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, seperti beg dan bos. Layari internet untuk melihat pergerakan bibir ketika menyebut bunyi vokal Bahasa Melayu.
     

 

 

 

 

 

                        Keadaan Bibir semasa                                                    Keadaan bibir semasa

                        menghasilkan vokal                                                      menghasilkan vokal
                        hadapan, bibir terhampar.                                           belakang, bibir bundar
Rajah 2.4: Keadaan Bibir  


 


AKTIVITI

Secara berpasangan, berdasarkan rajah di bawah, labelkan alat-alat artikulasi yang digunakan untuk menghasilkan bunyi bahasa.

                                                                  


i._______________________________                vii.__________________________

ii._______________________________               viii.__________________________

iii.______________________________                ix.___________________________

iv.______________________________                x.___________________________

v._______________________________   xi.___________________________

vi.______________________________                xii.___________________________












 


LATIHAN

1. Nyatakan perbezaan antara artikulasi dan artikulator.
2. Nyatakan alat-alat artikulasi yang terdapat untuk kedudukan artikulator dan 
    daerah artikulasi.



 


BAHAN BACAAN


Abdullah Hassan.   (1980).  Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia.  Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan, Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.  Kuala Lumpur: Penerbitan PTS
Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Asas Fonetik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik.  Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara.








TAJUK 3
 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR


SINOPSIS         


Tajuk ini membincangkan artikulasi diftong dan konsonan yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi diftong dan konsonan. Perbincangan turut ditumpukan kepada definisi dan jenis diftong serta konsonan dalam Bahasa Melayu.

HASIL PEMBELAJARAN  

(i)         Mengenal pasti definisi diftong dan konsonan

(ii)        Mengenal pasti jenis-jenis diftong dan konsonan Bahasa Melayu

(iii)       Menghuraikan artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu

Kerangka Tajuk-tajuk

Organization Chart
           
     Rajah 3.1: Kerangka Tajuk 3



3.0      KANDUNGAN ISI


Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis diftong dan konsonan serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu.


 
3.1      Definisi Diftong dan Konsonan

Tahukah anda, menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak Abdullah,1997:63), diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai, dan [au] dalam [pulau] pulau?. Konsonan pula ialah semua bunyi selain vokal yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap (Abdullah Hassan,2006:44).


 
3.2       Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu

Anda perlu mengetahui bahawa, Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Diftong boleh membentuk suku kata seperti dalam perkataan [# tupai #], [# panau #] dan [# amboi #]. Keadaan sebegini membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya, mengenai (Abdullah Hassan, 2006:42).

            Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau daerah sebutannya, seperti dua bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak dan lain-lain.


3.3       Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu

Tahukah anda bahawa, bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan alat artikulasi lidah?. Diftong Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa, iaitu gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai, dan [au] dalam [pulau] pulau, (ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan yang luas pada kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pantai], (iii) diftong menurun, iaitu diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai dan (iv) diftong sempit, iaitu diftong yang melibatkan perubahan yang sempit pada kedudukan lidah contohnya, [oi] dalam [sepoi] sepoi. Kedudukan alat artikulasi lidah ketika menyebut bunyi diftong adalah seperti berikut:





Rajah 3.2: Kedudukan Lidah Untuk Bunyi Diftong
           
                        Seterusnya, anda juga perlu mengetahui bahawa, konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan, letusan, sengauan, sisian, geseran, malaran dan getaran. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan.


Bunyi Letupan

Fon     Awal   Akhir
[p]         [pulau]           [atap]
[b]         [bumi] [rəbab]
[t]          [talam]            [liat]
[d]         [datu?]            [kad]
[k]         [kata]  *
[g]         [garau]           [beg]
[?]         **         [ana?]

*bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu.
**bunyi [?] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam Bahasa Melayu.

            Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi, iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č], manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j].

            Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m], [n], [N], dan [J].

            Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif) dan malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Ini menghasilkan bunyi [l].
            Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran dalam bahasa Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [š], dan [h].

            Untuk menghasilkan bunyi malaran, kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal, dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y].

            Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran, iaitu [r].

                                                                                                                      

Bunyi Letusan

[č]         [cawan]          [mač]
[j]          [jam]    [caj]


Bunyi Sengauan
[m]        [muda]            [cium]            
[n]        [niat]   [jalan]
[N]        [NaNa]            [bujaN]
[J]        [JaJi]  *

*Bunyi [J] tidak dapat hadir pada akhir suku kata  

Bunyi Sisian

[l]          [lalu]   [awal]


Bunyi Geseran

[f]          [faseh]            [alaf]
[v]         [ven]    *
[s]         [sarat] [awas]
[z]         [zat]     [lafaz]
[š]         [šarat] [skuaš]
[h]        [harta] [sah]


Bunyi Getaran

[r]          [rasa]  [siar]


            Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara, seperti bunyi [b], [d], [g], [m], [n], [r], [l], [w], dan [y]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara, seperti bunyi [p], [t], [k], [f], [s], dan [h].


Konsonan pinjaman Bahasa Melayu terdiri daripada (i) Geseran bibir-gigi tak bersuara, (ii) Geseran bibir-gusi bersuara, (iii) Geseran gigi tak bersuara,  (iv) Geseran gigi bersuara, (v) Geseran lelangit lembut tak bersuara dan (vi) Geseran lelangit lembut bersuara.

Ketika mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara, bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [fiker] ‘fikir’, [hafal] ‘hafal’, dan [ma?af] ‘maaf’. Cara mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara pula sama dengan cara mengeluarkan geseran [f]. Perbezaannya ialah, pita suara tidak digetarkan. Contoh sebutan: [vOkal] ‘vokal’, [vərsi] ‘versi’, dan [univərsiti] ‘universiti’.

Penghasilan geseran gigi tak bersuara ini menunjukkan daun lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [qalaqa] ‘Selasa’ (thalatha), [iqnen] ‘Isnin’ (Ithnin), dan [hadeq] ‘hadis’ (hadith). Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara pula, sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [ð] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [ðalem] ‘zalim’ (dzalim), dan [haðer] ‘hadir’ (hadzir).

Ketika menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara, belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [xabar] ‘khabar’, [axbar] ‘akhbar’, dan [axer] ‘akhir’.

Akhirnya, penghasilan geseran lelangit lembut bersuara menunjukkan persamaan dengan cara menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [7] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [7aeb] ‘ghaib’, [lo7at] ‘loghat’, dan [bale7] ‘baligh’. Menurut Raja Mukhtaruddin (1965:44), bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang [O7aN] dan [ba7aN] sebagai kelainan kepada getaran gusi [r].









 





AKTIVITI

Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap jenis diftong Bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza. Berikan juga sepuluh contoh perkataan yang mengandungi diftong dialek Melayu yang berbeza. (Beri contoh daripada beberapa dialek yang berbeza.



 


LATIHAN

1.    Nyatakan jenis bunyi konsonan dan diftong untuk perkataan yang bergaris berikut:

       (i)    ghairah                                   (vi)  balai
       (ii)   cabar                                      (vii)  laut
       (iii)   masyhur                              (viii) sepoi
       (iv)   dekad                                 (ix)   tekukur
       (v)     pulau                                  (x)   sarat  

2.    Beri satu contoh perkataan untuk keenam-enam jenis konsonan pinjaman yang telah anda pelajari.       









 


BAHAN BACAAN


Abdullah Hassan.   (1980).  Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia.  Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan, Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.  Kuala Lumpur: Penerbitan PTS

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Asmah Hj Omar. (1977). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lutfi Abas. (1975).  Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marzukhi Nyak Abdullah. (1997). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya:  Penerbit Fajar Bakti.



















TAJUK 4
 HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU


SINOPSIS         


Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis huruf yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Huruf-huruf tersebut meliputi huruf vokal, konsonan dan diftong. Huruf konsonan pula diperincikan kepada konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap.

HASIL PEMBELAJARAN  

(i)         Mengenal pasti definisi dan jenis huruf dalam Bahasa Melayu

(ii)        Menghuraikan jenis-jenis huruf vokal, konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu

(iii)       Membandingkan jenis-jenis huruf konsonan dalam bahasa Melayu, iaitu konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap.

Kerangka Tajuk-tajuk

Organization Chart
Rajah 4.1: Kerangka Tajuk 4
4.0       KANDUNGAN ISI


Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis huruf vokal, konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu. Perbincangan juga turut ditumpukan kepada jenis-jenis konsonan dalam Bahasa Melayu, iaitu konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu.                                                                                                                
4.1       Definisi Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu    


Tahukah anda bahawa huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak Abdullah, 1977:42).


Seperti yang telah dipelajari, bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh  pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Konsonan pula ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal. Dengan perkataan lain, diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal, iaitu satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain (Abdullah Hassan,2006:44).

4.2       Jenis-Jenis Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu


Anda perlu mengetahui bahawa dalam Bahasa Melayu terdapat enam huruf vokal, iaitu huruf a, i, u, e pepet, e taling dan o. Rajah 4.2 di bawah menunjukkan huruf dan fonem (bunyi bahasa) dalam Bahasa Melayu.


Huruf Vokal
Fonem / Bunyi
Ejaan
Sebutan
a
e taling
e pepet
i
o
u
[a]
[é]
[e]
[i]
[o]
[u]
ada
semak
selak
bilik
botol
duduk
[a.da]
[sé.mak]
[se.lak]
[bi.lik]
[bo.tol]
[du.duk]

                       Rajah 4.2: Huruf dan Fonem Vokal Bahasa Melayu

            Seterusnya dalam Bahasa Melayu juga, terdapat 27 fonem atau bunyi konsonan yang ditunjukkan dalam rajah 4.3 di bawah.

                    
Huruf Konsonan
Fonem / Bunyi
Ejaan
Sebutan
b
c
d
f
g
gh
h
j
k



kh
l
m
n
ng
ny
p
q
r
s
sy
t
v
w
x


y
z

[b]
[c]
[d]
[f]
[g]
[gh]
[h]
[j]
(1)[k]
(2)   ?
(3)   ؟
(4)[q]
[kh]
[l]
[m]
[n]
[ng]
[ny]
[p]
[q]
[r]
[s]
[sy]
[t]
[v]
[w]
[z]


[y]
[z]

bola
catat
dada
fakir
gabus
ghazal
harga
jaga
kala
kapak
nikmat
kadi
khairat
lalai
madah
nafkah
ngeri
nyala
papar
qari
rapat
saham
syirik
tajam
virus
wajah
xylem


yuran
zapin

[bo.la]
[ca.tat]
[da.da]
[fa.kir]
[ga.bus]
[gha.zal]
[har.ga]
[ja.ga]
[ka.la]
[ka.pa?]
[ni؟mat]
[qa.di]
[khai.rat]
[la.lai]
[ma.dah]
[naf.kah]
[nge.ri]
[nya.la]
[pa.par]
[qa.ri]
[ra.pat]
[sa.ham]
[syi.rik]
[ta.jam]
[vi.rus]
[wa.jah]
[zi..lem]


[yu.ran]
[za.pin]

Rajah 4.3: Huruf dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu


            Bahasa Melayu juga menunjukkan tiga bunyi diftong, iaitu ai, au dan oi yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4 di bawah.

                
Huruf Diftong
Fonem / Bunyi
Ejaan
Sebutan
ai
au
oi
[ai]
[au]
[oi]
pantai
pulau
sepoi
[pan.tai]
[pu.lau]
[se.poi]

Rajah 4.4: Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu

4.3       Konsonan Asal, Pinjaman, Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu


Tahukah anda bahawa terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam Bahasa Melayu? Konsonan tersebut ialah konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap. Konsonan gandingan dan rangkap turut dikenali sebagai huruf gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim et.al. 2006). Bacalah modul ini seterusnya untuk memahami ketiga-tiga jenis konsonan tersebut.

            Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu. Sebenarnya terdapat 19 bunyi  (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata. Daripada segi cara sebutan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.5 di bawah, konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh, iaitu letupan, letusan, geseran, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal.




Cara Sebutan

Daerah Sebutan
Bibir
Gusi
Gusi-L Keras
Lelangit  Keras
Lelangit Lembut
Pita Suara


1
2
3
4
5
6
Letupan
tb
p
t


k
?
b
b
d


g
Letusan
tb


č



b


j



Sengauan
b
m
n
J

N

Geseran
tb
f

s
Š
x
h
b
v

z


Getaran
b

r




Sisian
b

l




Separuh Vokal
b
w

y




Rajah 4.5: Konsonan Asal Bahasa Melayu Berdasarkan Sebutan

            Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab melainkan konsonan v. Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris. Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab, digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya, skuasy. Huruf ain seperti dalam perkataan ma’na, digantikan dengan huruf k menjadi makna. Pada tempat lain, huruf ‘i (‘ilmu), ‘a (‘alam), ‘u (‘umur) digugurkan. Ejaan nama seperti ‘Abdullah, Sa’odah, Nor ‘Aini sudah ditiadakan. Selain itu, huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat dalam perkataan seperti Dato’, sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri.

            Seterusnya, dalam sistem ejaan lama Bahasa Melayu, terdapat sembilan konsonan gandingan dan rangkap yang digunakan, iaitu kh, gh, ny, ng, sh, ch, dz, dh dan th. Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini, iaitu kh, gh, ny dan ng. Akan tetapi, konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai menjadi sy. Selain itu, empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal, iaitu ch menjadi c, dz menjadi z, dh menjadi d dan th menjadi s. (Abdullah Hassan, 2006:95-96).

            Sebenarnya jika anda peka, tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu. Hanya konsonan gandingan dan rangkap dikurangkan daripada sembilan kepada lima, iaitu empat kekal, manakala satu berubah satu huruf. Empat lagi konsonan gandingan dan rangkap dijadikan konsonan tunggal untuk memudahkan ejaan. Namun, walaupun huruf berubah, bunyi sebutannya tetap sama.


AKTIVITI


Secara berpasangan, teliti kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis vokal yang ditunjukkan.

                         STPM_BM943


 


LATIHAN


1.     Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan rajah tersebut.


Cara Sebutan

Daerah Sebutan
Bibir
Gusi
Gusi-L        Keras
Lelangit  Keras
Lelangit Lembut
Pita Suara


1
2
3
4
5
6
Letupan


t



?


d


G
Letusan



č



b


j



Sengauan
b


J

N

Geseran






h






Getaran







Sisian


l




Separuh Vokal
b
w


















 


BAHAN BACAAN


Abdullah Hassan.   (1980).  Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia.  Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan, Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.  Kuala Lumpur: Penerbitan PTS

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Lutfi Abas. (1975).  Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marzukhi Nyak Abdullah. (1997). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya:  Penerbit Fajar Bakti.





TAJUK 5
SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU



SINOPSIS


Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui simbol fonologi dalam bahasa Melayu. Simbol-simbol yang dimaksudkan ialah simbol vokal, simbol konsonan, simbol konsonan rangkap dan simbol diftong.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1.  Mengenal simbol-simbol fonologi bahasa Melayu.
2.  Menggunakan simbol-simbol fonologi untuk mentranskripsikan bahan yang diperdengarkan oleh rakan mahupun pensyarah.  

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Organization Chart





5.0         KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang simbol fonologi yang meliputi simbol vokal, simbol konsonan, simbol konsonan rangkap, dan simbol diftong.

5.1   Simbol Vokal Bahasa Melayu


Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu bahasa. Untuk mencapai tujuan tersebut, berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Dalam hal ini tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja.

Huruf
Simbol bunyi
a
[a]
e (pepet)
[e]
e taling
[ə]
i
[i]
o
[i]
u
[u]

Jadual 5.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu



5.2 Simbol Konsonan


Huruf
Simbol bunyi
b
[b]
c
[č]
d
[d]
g
[g]
h
[h]
j
[j]
k
[k], [/], [Q]
l
[l]
m
[m]
n
[n]
p
[P]
q
[q]
r
[r]
s
[s] [š]
t
[t]
v
[v]
w
[w]
x
[z]
y
[Y]
z
[z]

Jadual 5.2: Simbol Konsonan



Huruf Gabungan Vokal

Simbol bunyi

ai

[ai]

au

[au]

oi

[oi]

Jadual 5.3: Simbol Diftong

Berdasarkan senarai dalam jadual 1, 2, dan 3, kita dapati ada simbol-simbol bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa Melayu.



5.4  Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap


Konsonan Rangkap

Simbol bunyi

gh
[ 7 ]
ny
[ ɲ ]
ng
[ ŋ ]
sy
[ ∫ ]
th
[ q ]
dz
[ ð ]
akh
[ x ]

Rajah 5. 4: Konsonan Gandingan dan Rangkap






 


BACAAN TAMBAHAN


Radiah Yussoff dan Nor ‘Aini Ismail. 2005. Linguistik Pengenalan. Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik.  Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara.



Secara individu, anda dikehendaki mencari sebuah petikan pendek yang panjangnya antara 30 perkataan hingga 50 patah perkataan, kemudian transkripsikan petikan tersebut dengan menggunakan simbol-simbol fonologi yang telah anda pelajari?







No comments:

Post a Comment